Penjagaan kesihatan bukanlah satu keistimewaan, tetapi hak asasi untuk semua. Di sebalik kepentingannya, kebanyakan mereka dari golongan keluarga berpendapatan rendah tidak mempunyai perlindungan penjagaan kesihatan. Dalam menangani jurang tersebut, Prudential BSN Takaful Berhad (“PruBSN”) telah memperkenalkan rider perubatan baru iaitu “Medik Asas”. Rider perubatan ini direka untuk menjadikan perlindungan kesihatan asas boleh diakses, mampu milik dan mampan untuk semua rakyat Malaysia.
Sebagai sokongan kepada komitmen kelestarian sosial kami yang berterusan untuk menjadikan penjagaan kesihatan dan perlindungan kewangan yang boleh diakses oleh semua, Medik Asas menyediakan perlindungan mampu milik khusus buat mereka yang memerlukan. Bukan sekadar produk Takaful yang biasa, Medik Asas adalah penyelesaian yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan segera bagi mereka yang tidak mempunyai jaminan kewangan dalam menghadapi kecemasan perubatan dengan polisi mampu milik serenda RM52 sebulan.
Apa yang menjadikan Medik Asas lebih menonjol berbanding produk perubatan tradisional lain di pasaran adalah integrasi pendekatan Harga Berasaskan Tuntutan yang unik. Bagi pelanggan kami, ini bermakna sumbangan mereka akan lebih rendah jika mereka tidak membuat tuntutan.
Pendekatan Harga Berasaskan Tuntutan yang inovatif ini menawarkan sumbangan yang fleksibel, tidak seperti pelan biasa dengan kadar tetap. Menjadikannya mampu milik selaras dengan matlamat simpanan jangka panjang setiap keluarga, memberikan mereka lebih kawalan ke atas kos penjagaan kesihatan sambil menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat.
Bagi individu dan keluarga yang perlu berusaha keras untuk memastikan keperluan hidup yang mencukupi, untuk berhadapan dengan kecemasan perubatan boleh memberikan tekanan kewangan yang ketara. Dengan Medik Asas, bermula dari hanya RM52 sebulan, perlindungan kesihatan asas boleh dimiliki, melalui perlindungan terhadap perbelanjaan perubatan yang tidak dijangka. Pilihan mampu milik ini memberikan ketenangan fikiran, memastikan keluarga dilindungi dalam situasi yang sangat memerlukan.
Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata, “Kami menawarkan rider baru ini untuk menangani kebimbangan mengenai kos perubatan yang semakin meningkat dan memastikan lebih banyak keluarga mempunyai akses kepada pelan Takaful yang mampu milik. Inisiatif ini amat penting kerana sebahagian rakyat Malaysia, kira-kira 12.9%, dilaporkan tidak mendapatkan rawatan perubatan akibat kekangan kewangan. Dengan menyediakan pilihan yang lebih mampu milik dan fleksibel, kami berhasrat untuk mengurangkan bebanan kewangan ini dan meningkatkan taraf kesihatan yang lebih baik untuk semua keluarga.”
“Kekurangan perlindungan ditambah dengan kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat merupakan cabaran besar bagi keluarga berpendapatan rendah, yang sering mengakibatkan rawatan perubatan tertangguh dan menjejaskan taraf kesihatan. Oleh itu, visi PruBSN melalui Medik Asas melangkaui sekadar menawarkan produk. Ia adalah sebahagian daripada misi kami yang lebih besar untuk mewujudkan ekosistem penjagaan kesihatan yang lebih inklusif, mengatasi masalah kewangan yang sering menjadi halangan bagi orang ramai daripada mendapatkan rawatan yang mereka perlukan,” tambahnya.
Medik Asas menyediakan perlindungan perubatan asas merangkumi penjagaan rawatan pesakit dalam hingga pesakit luar, penyakit-penyakit utama, dan juga lanjutan manfaat penjagaan sehingga RM100,000 setahun dan perlindungan tanpa had seumur hidup. Dalam erti kata lain, anda akan sentiasa dilindungi selagi anda memerlukannya
Medik Asas juga memudahkan akses kepada kemudahan penjagaan kesihatan awam melalui kemudahan tanpa tunai di hospital kerajaan Malaysia dan panel hospital swasta terpilih. Oleh itu, manfaat ini membolehkan individu dan keluarga memberi tumpuan kepada pemulihan, mewujudkan perjalanan penjagaan kesihatan yang lebih lancar.
Antara ciri lain yang menarik adalah Medik Asas memenuhi keperluan khusus rakyat Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan kerajaan dengan menawarkan manfaat tambahan bagi mereka yang dirawat di hospital kerajaan. Kini, mereka boleh menikmati manfaat istimewa seperti elaun harian dan penjagaan tambahan untuk warga emas, memastikan bahawa golongan yang paling terdedah juga dijaga dengan baik.
PruBSN berusaha untuk membina masa depan di mana tiada siapa yang perlu memilih antara penjagaan kesihatan dan perlindungan kewangan. Dengan Medik Asas, kami berharap dapat meringankan beban komuniti yang kurang bernasib baik, memastikan bahawa semua orang mempunyai akses kepada perlindungan kesihatan yang mampu milik dan berkesan, Untuk Setiap Kehidupan, Bagi Setiap Masa Depan.