Oct 16, 2024

Irama Sendayan 2 - Rumah idaman hak milik kekal yang harus di milikki

Keputusan untuk membeli rumah baru memang salah satu fasa yang amat penting dalam kehidupan kita… dan sering kita tertanya - tanya jika rumah idaman kita itu sesuai dengan gaya hidup yang kita impikan juga….
 
Irama Sendayan 2 oleh Matrix Concepts di Seremban yang letaknya di persimpangan Bandar Sri Sendayan yang sibuk, amat menarik untuk bakal pemilik kerana menawarkan keselesaan, kemudahan dan komuniti yang aman, bahagia dan cergas….
 
Dapatkanlah Rumah Idaman di Irama Sendayan 2 dan Gaya Hidup Yang Diharapkan- Memilik rumah idaman adalah impian semua orang, terutama untuk mereka yang berkeluarga…. Sudah tentunya bila kita memiliki rumah idaman kita, kita juga mahu berdekorasi, memilih tema warna rumah kita, dan sebagainya
 
Rumah idaman kita perlu memenuhi citarasa keluarga tersayang dan diri kita sendiri sambil membolehkan kita menjalankan gaya hidup yang kita inginkan... tapi memang bukan senang untuk kita memiliki keduanya secara serentak….
 
 
 

Kini ada peluang yang hebat untuk yang sedang mencari rumah idaman dan juga yang harap untuk menjalankan gaya hidup yang diinginkan.
 
 

 
Irama Sendayan 2 yang dibinakan oleh Matrix Concepts berlokasi di kawasan strategik seluas 69 ekar di persimpangan Bandar Sri Sendayan, dimana kawasan perumahan ini semakin berkembang dan ianya mempunyai banyak potensi hebat untuk pemilik -pemilik pada masa akan datang nanti
 
Irama Sendayan 2 yang berstatus hakmilik kekal, dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2026. Unit kediaman yang mempunyai keluasan diantara 2,142 hingga 2,311 kaki persegi dengan saiz lot 20'x70' disiapkan dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air… Rumah ini mempunyai keluasan yang cukup selesa terutamanya kepada pemilik-pemilik berkeluarga…. Tambahan pulak, pemilik - pemilik rumah Irama Sendayan 2 ini juga boleh memiliki gaya hidup yang diingini !!!
 
 
Desain rumah di Irama Sendayan 2 ini amat selesa dan mempunyai halangan dinding yang rendah bagi memudahkan pergerakan penghuni didalam rumah.

Setiap rumah mempunyai halaman bersaiz 4 kaki atau 9 kaki sebagai alternatif pilihan untuk pemilik untuk menambahkan ruang peribadi, ruang santai atau ruang dapur mengikut citarasa masing- masing
 
Projek perumahan Irama Sendayan 2 adalah pilihan terbaik kerana aksesibilitinya yang sungguh baik, iaitu aksesibiliti untuk ke sekolah, kedai, kawasan perniagaan, dan sebagainya. Dan tambahan pulak, nak pergi KLIA pun hanya 30km sahaja…..


 
Projek perumahan Irama Sendayan 2 juga berhampiran dengan d’Tempat Country Club yang landskap hijaunya seluas 6.33 ekar…. Kelab rekreasi yang sesuai untuk seisi keluarga mempunyai pelbagai fasiliti dan perkhidmatan untuk seisi penduduk Irama Sendayan 2.
 
 

 
Pastinya Irama Sendayan 2 adalah pilihan terbaik untuk yang mencari rumah kediaman impian sambil menikmati gaya hidup yang diingini, dengan suasana perumahan yang sungguh tenang….  Sambil itu, kawasan rekreasi dan taman permainan Irama Sendayan 2 sungguh sesuai untuk aktiviti- aktiviti riadah, dan sebagainya.
 
Aspek keselamatan Irama Sendayan 2 juga selamat dikelilingi pagar anti panjat (Hi-Sac Fencing) dan mempunyai komuniti berpengawal yang mengawasi 24 jam….
 
 Untuk info selanjutnya, layari https://www.iramasendayan2lifestyle.com/

1 comment:

  1. It's great to see projects focused on providing permanent homes. Irama Sendayan 2 sounds like a wonderful opportunity for families. If you're looking to enter the property market, consider starting your own real estate venture!
    If you want to start your own business, visit Bharat Grow for valuable resources and guidance!

    ReplyDelete

What do you think of my blog???