Nov 29, 2023

Tayangan khas filem “magiK” telah dilangsungkan dengan berjaya di tujuh lokasi di Malaysia

Sebagai usaha menyelami kelebihan dan keistimewaan golongan bermasalah pendengaran, syarikat produksi, 42nd Pictures Sdn Bhd yang diterajui pasangan suami isteri, Yasu Tanaka dan Bea Tanaka tampil dengan filem “magiK”.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ZlxtfpuulNDJRliStIFb_Km5WlaNmCX_

Filem bergenre drama, keluarga dan fantasi arahan Tanaka itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Nadia Aqilah, Nam Ron, Ruminah Sidek, Roy Azman, Kamarul Eqifshah dan bintang cilik, Qisya Hairulzain.

Tanaka berkata, magiK yang juga filem kedua arahannya itu bukan sekadar mengangkat kisah gadis pekak yang mampu berkomunikasi dengan kelip-kelip, malah menjadi medium untuk penonton mendekati golongan berkenaan.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1hJgvMP6OE5dJu7a9E_ug9y4L5Wu2wFA6

"Idea menghasilkan “magiK” apabila idea kami disatukan iaitu hubungan isteri, Bea dengan komuniti pekak dan minat saya terhadap alam alam semula jadi.”

“ Begitulah cara dua idea ini digunakan untuk mencipta cerita seorang gadis pekak yang boleh berkomunikasi dengan kelip-kelip,” kata Tanaka yang juga pengarah filem Nota kelahiran Jepun.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1dB7Up_wdRKXyW75eT_c6n_ZV5McFWWiO

Sehubungan itu, tayangan khas filem “magiK” diadakan di beberapa lokasi terpilih di seluruh Malaysia selama dua bulan pada September dan Oktober lalu sebelum ditayangkan di pawagam pada 30 November 2023.

Tujuan tayangan khas itu ialah untuk berkongsi filem “magiK” dengan penonton. Selaku pengarah dan penulis skrip filem ini, Tanaka dan Bea yang juga penerbit turut turun padang di semua lokasi terbabit.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1DHQlSx8wmqqwxYuiBDj8sIq9NWiLT8V3

Mengulas konsep tayangan khas berkenaan, Bea berkata, pihaknya mahu menampilkan kelainan untuk masyarakat luar bandar termasuk golongan bermasalah pendengaran supaya dapat menonton filem berkenaan.
"Versi yang ditayangkan untuk tayangan khas ini ialah versi 'closed caption' yang memudahkan penonton dari komuniti bermasalah pendengaran.”

"Filem “magiK” memaparkan masyarakat Kampung Kuantan, Kuala Selangor, Selangor dan kami mahu mendekati golongan sasaran seperti masyarakat luar bandar menerusi konsep tayangan khas ini.”

"Kami berterima kasih kepada PORT Ipoh yang menaja tayangan di Ipoh untuk dua hari. Tayangan ini kami bekerjasama dengan Persatuan Orang Pekak Perak dengan menjemput komuniti pekak.

"Kami juga menjemput sekolah pendidikan khas sekitar Ipoh dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) Perak," katanya.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=10oIjuxm5-4PV7kSRHX1Z7rFq9vfz5NYy

 Tanaka pula berkata, Bea adalah bekas guru pendidikan khas untuk golongan bermasalah pendengaran selama 15 tahun dan masih akrab dengan golongan istimewa itu.

“magik” adalah filem kedua arahan Tanaka selepas Nota ditayangkan di pawagam pada 2015.
Katanya, dia juga berpeluang melihat konsep tayangan wayang pacak pada 2017, apabila KOMFIT telah menjayakan Nota di mana En.Hassan Abdul Mutalib sebagai moderator ketika itu.

“Pengalaman itulah yang mendorong kami mengadakan tayangan khas di Road Trip dengan konsep wayang pacak. Kami amat teruja berinteraksi secara langsung dengan penonton yang hadir pada tayangan khas berkenaan,” katanya.

Tujuh lokasi wayang pacak ——————————————-
Sementara itu, tayangan khas filem “magiK” telah berlangsung dengan jayanya membabitkan tujuh lokasi terpilih di seluruh tanah air pada September dan Oktober lalu.

Tayangan khas itu diadakan di Warung Adri, Kuantan pada 16 September lalu disusuli Pantai Telaga Papan (23 September) dan SPace08000, Sungai Petani (29 September). Malangnya Tayangan khas di Pantai Telaga Papan, Setiu, Terengganu tidak kesampaian kerana itulah satu-satunya lokasi di mana konsep wayang pacak berlaku tepi pantai “outdoors” sebab gangguan hujan.

Selain itu, lokasi tayangan khas filem di YMCA, Kuala Lumpur (1 Oktober); YMCA, Georgetown, Pulau Pinang (7 Oktober); PORT, Ipoh, Perak (14 dan 15 Oktober) yang turut menjemput penonton dari komuniti bermasalah pendengaran. Tayangan khas “magiK” di YMCA KL adalah sebahagian dari sambutan ‘International Deaf Day’

Jadual tayangan khas “magiK” berakhir di Embrace Hall, Johor Bahru pada 20 Oktober lalu.

 Sinopsis dalam Bahasa Melayu
Filem “magiK” memaparkan Kit, gadis pekak berusia 7 tahun yang tinggal di sebuah perkampungan yang terkenal dengan kelip-kelip. Ibu bapanya bergelut dengan masalah kewangan kerana bapanya yang bekerja sebagai pendayung yang membawa para pelancong melihat kelip-kelip.

Ibunya pula mahu Kit belajar bahasa isyarat dan pergi ke sekolah, namun, Kit tidak berani untuk berkomunikasi dengan orang ramai kerana dia lebih cenderung untuk hidup dalam dunianya yang dikelilingi alam semula jadi.

Namun, semuanya mula berubah apabila Kit bertemu dengan kelip-kelip yang seolah-olah berkomunikasi dengannya berkelip dan terbang dengan cara tertentu.

Penutup
“Kami berterima kasih kepada pihak FINAS atas sokongan mereka dengan Dana Kandungan Digital (DKD) penerbitan dan pemasaran “magiK”. Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada warga Kuala Selangor khususnya, warga Kampung Kuantan atas kerjasama dan sokongan semasa penggambaran,”

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai filem magiK, boleh layari laman web www.42ndpictures.com dan mengikuti akaun TikTok dan Instagram (#magikthemovie), Facebook (42nd Pictures) serta Channel YouTube 42nd Pictures.

1 comment:

  1. It's great to see the successful screenings of the movie "magiK" in seven locations across Malaysia. The film must have captivated audiences with its magic and charm, providing a wonderful cinematic experience.

    ReplyDelete

What do you think of my blog???