Untuk yang mencari baju raya dengan kelainan dengan harga mampu milik Aidilfitri tahun ini, Miera mengesyorkan BUTIK CHENTA LUNAR …
BUTIK CHENTA LUNAR ini diinspirasi oleh seorang wanita yang bersemangat dalam memperjuangkan keinginan hidupnya dalam usaha bangkit selepas pandemik, di samping mahu memberikan peluang kerjaya kepada orang ramai. Nama “Lunar” itu sendiri mempunyai keperibadian Ekpresif, Mudah Berbicara, Bersosialisasi, Kreatif dan Menikmati Hidup. Ini membuatkan Butik Chenta Lunar cepat dikenali orang orang ramai.
BUTIK CHENTA LUNAR menawarkan konsep “Celestial In Style” buat semua. Celestial membawa maksud cakerawala atau heavenly, ia adalah metaphora untuk konsep yang diketengahkan iaitu stail yang sentiasa “up to date” dan tidak lapuk dek zaman.
Terdapat pelbagai variasi busana untuk hari raya seperti baju kurung, baju kurung moden, jubah, baju kurung kanak-kanak dan banyak lagi. Baju kurta eksklusif yang lawa turut dijual.
Berita hebat untuk para ibu- ibu.. konsep baju raya Ibu & Anak dilancarkan dengan harga RM150 ke bawah. Rebutlah peluang ini dengan berjimat tapi mampu tampil meriah matching- matching dengan si kecil pada hari raya. Konsep “Mother Daughter Type” ini memberikan kemudahan kepada para ibubapa untuk membeli baju raya sedondon di bawah satu bumbung.
Buat yang inginkan lebih glamor, perkhidmatan ‘on the spot request’ bagi pelanggan yang ingin menambah manik, lace atau sebagainya. Perkhidmatan ini jarang ditawarkan oleh butik lain, tapi inilah kelainan Butik Chenta Lunar.
Selain itu, tempahan baju seperti baju nikah, baju majlis persandingan, baju bridesmaid, baju graduasi atau baju korporat juga boleh ditempah di sini. Butik Chenta Lunar mempunyai tenaga bagi melakar rekaan dan juga menjahit tempahan yang ditempah.
Menjelang ketibaan Syawal yang tidak lama lagi, datanglah beramai-ramai ke Butik Chenta Lunar yang menjanjikan rekaan dan warna menawan. Sudah tentunya anda sekeluarga bergaya di hari raya!
Miera betul sukakan design - design baju -baju di sini!!!!
Untuk pembelian melebih RM150 ke atas, ada free gift istimewa dari Butik Chenta Lunar. Tunggu apa lagi jom lah kita ke sana!!!
Alamat : Butik Chenta Lunar
65, Jalan Plumbum P/7P,
Seksyen 7, Shah Alam
Terletak sebelah PKNS Biz Point
Operasi : 10.00 pagi - 7.00 malam (Isnin tutup)
Tel : 019-7542705.
Facebook: www.facebook.com/ChentaLunar
Instagram: www.instagram.com/chentalunar
Tiktok: www.tiktok.com/chentalunar
No comments:
Post a Comment
What do you think of my blog???