Fonterra Brands Malaysia telahpun berkolaborasi bersama Yayasan Food Bank buat tahun kedua....
Untuk tahun ini, Syarikat Fonterra telah membantu 50 buah keluarga B40 di PPR Pantai Permai dan PPR Kg Limau, Lembah Pantai dengan menaja bahan keperluan memasak selama 28 hari. Anggaran nilai barangan makanan yang diterima oleh setiap peserta tidak kurang dari RM1000 untuk 28 hari...
Sepanjang program ini berlangsung, peserta program diberikan tugasan untuk memasak menu sarapan pagi dan makan tengahari mengikut resepi masakan yang telah dibekalkan oleh Fonterra.
Program ini dimulakan pada 20 Jun 2022 yang lalu dan berakhir pada 24 Julai 2022. Hari ini merupakan acara kemuncak untuk Program 'Eat Well With Fonterra' dalam menghargai komitmen yang diberikan oleh setiap keluarga yang terpilih.
Sesi penyampaian hadiah dan sijil penghargaan ini telah disempurnakan oleh Puan Carolyn Lim selaku Pengarah Bahagian Sumber Manusia mewakili Fonterra Brands Malaysia.
Sebanyak 6 hadiah galakan telah diberikan kepada peserta yang paling sporting dan kreatif memaparkan hasil masakan dalam bentuk gambar atau video.
Ternyata program ini menggalakkan para peserta bereksperimen dalam memasak menu secara sihat di samping mengeratkan hubungan kekeluargaan ketika menikmati hidangan yang disajikan.
Semoga program yang bermanafaat ini akan diteruskan pada masa akan datang.
TERIMA KASIH FONTERRA !
#berpakatbantumasyarakat
#togetherweservethecommunity
discovering such wonderful and useful content through this blog.
ReplyDeleteMini Tractor Price