Jun 27, 2022

NEXUS SUCCESS CONVENTION 2022 DIHADIRI LEBIH 1000 USAHAWAN NEXUS.

Usaha syarikat Bumiputera, Eskayvie Sdn Bhd (Eskayvie) membantu ummah menjana pendapatan sejak fasa pandemik COVID-19 hingga endemik tidak pernah terhenti.

Kaunter pendaftaran Nexus Success Convention 2022 diserbu sebahagian daripada lebih 1000 Usahawan Nexus di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Shah Alam baru-baru ini

Syarikat Eskayvie Nexus melangsungkan  Nexus Success Convention 2022 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam, Shah Alam.

Usahawan Syarikat Eskayvie datang dari seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Singapura.

Pengarah Urusannya, Kartika Wati Mohamed berkata, program julung kali diadakan itu bertujuan membangunkan potensi kepemimpinan setiap individu di dalam usaha mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global.

Kaunter pendaftaran Nexus Success Convention 2022 diserbu sebahagian daripada lebih 1000 Usahawan Nexus di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Shah Alam baru-baru ini

"Usahawan ini telah dilatih secara intensif sebaik sahaja berdaftar sebagai ahli. Sepanjang dua tahun menempuhi pandemik, pelbagai sesi latihan berkaitan sistem, pemasaran dan jualan telah diadakan hampir setiap hari secara atas talian.

"Istimewanya kali ini, konvensyen ini turut mengiktiraf pencapaian dan transformasi luar biasa usahawan Nexus berstatus Icon Circle yang berjaya menjana pendapatan melebihi lima angka sebulan pada tahun ini," kata Kartika Wati.

Tambah Kartika Wati, meskipun tahun lalu kita semua telah berdepan pandemik dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, usahawan Nexus ini terus optimis.

"Mereka mampu melakukan perubahan dan beradaptasi dengan pelbagai cabaran di bawah bimbingan Eskayvie.
"Ini semangat juang berdaya saing yang kita mahu sampai bila-bila. Segala perkembangan dan kemas kini boleh dilihat https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official atau https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/ ," kata Kartika Wati.
Kartika Wati berkata lagi, melalui visi memperkasakan kesihatan dan ekonomi ummah, mereka melihat ini sebagai satu misi dan tanggungjawab sosial berterusan.
  
Kartika Wati dan Dr Syid Ayob bersama lebih 1000 Usahawan Nexus yang hadir ke Nexus Success Convention 2022.

 "Semua dalam usaha melahirkan 1 juta usahawan Nexus aktif menjelang tahun 2027. Misi ini dilihat tidak mustahil kerana sehingga kini kami telah berjaya membantu lebih 70,000 orang usahawan Nexus meningkatkan tahap kewangan mereka.

"Kami turut mensasarkan jualan sebanyak 1 Billion US Dollar yang membabitkan pasaran sehingga ke 11 buah negara di Asia Tenggara. Dalam masa yang sama Eskayvie sentiasa bersedia dengan aktiviti kajian dan pembangunan yang berterusan.

"Ia termasuklah menghasilkan 500 produk baru yang berkualiti tinggi. Seterusnya mencipta 50,000 peluang pekerjaan kepada masyarakat," kata Kartika Wati.

Hadir sama di persidangan berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri dan duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi.

Aznil sendiri turut menyampaikan perkongsian mengenai penjenamaan dan skil komunikasi berkesan yang harus dikuasai oleh setiap usahawan Nexus.
"Sejak menyertai keluarga jenama ini, saya melihat usaha dilakukan tidak pernah bernoktah dalam pembangunan ummah.

"Tak kira daripada segi menawarkan produk dengan kualiti tinggi selain membantu ramai orang untuk menjana pendapatan, niat dan misi jenama ini saya pandang tinggi.

"Rasa kebersamaan juga wujud seperti kita sebuah keluarga besar yang sama-sama mengharungi pelbagai cabaran. Contohnya ketika di era pandemik COVID-19," kata Aznil.

Program satu hari yang padat dengan perkongsian ilmu dan strategi perniagaan ini menerima banyak maklum balas daripada pengalaman sebenar usahawan yang telah berjaya meningkatkan ekonomi keluarga mereka sepanjang bersama Eskayvie Nexus.

Antaranya, wanita yang dikenali dengan nama Norain Akib, 32, yang berjaya mencapai jualan sehingga RM10 juta dalam tempoh lima bulan pertama pada tahun ini.

“Sebelum sertai keluarga jenama ini, saya kerugian besar dan tanggung hutang akibat berniaga tanpa ilmu. Apabila diperkenalkan dengan Eskayvie Nexus, semuanya berubah.

"Kami diajar teknik, strategi dan ilmu yang betul untuk kekal relevan dan terus berkembang dalam perniagaan”, kongsi Ain.

Azlina Aziz, 46, pula berkata percaturannya bersama jenama ini membuahkan hasil. “Wang simpanan saya tak cukup untuk tanggung keluarga apabila terpaksa memilih program Pemberhentian Secara Sukarela (VSS) dan diberhentikan kerja.

 "Namun, jenama ini bantu saya dengan ilmu yang betul untuk jana pendapatan sehingga lima angka sebulan melalui sistem yang teratur dan adil macam sistem Nexus ini,” ujar Azlina Aziz.

2 comments:

  1. Meghalaya Board 1st, 2nd, 3rd, 4t, 5th Textbooks 2023 for Hindi, English Medium Produced by NCERT are Upload on www.ncert.nic.in in pdf format, NCERT has scanned, Rare old Editions of Textbooks and has made Available on Official Website, Meghalaya Board Primary School Students can Start their Studies immediately , Meghalaya 1st Class Book All the Textbooks for These Primary School have been uploaded online, Meghalaya Board School Students can Start their Studies immediately, All the Meghalaya Board 1st, 2nd, 3rd, 4th, 5th Textbooks 2023 for these two classes have been Uploaded Online. Students can Download them in English or Hindi, in PDF format from the official NCERT website linked below.

    ReplyDelete
  2. Know how to use eWay bill site and the sections available under one roof and eWay bill Laws, Statistics, networkslog.comfinally eWay Bill registration and login… eWay bill is an electronic way bill that is handed over to the transporter during the transportation of the consignment. The consignment does hold the Goods are specifically added in. There are thousands of Branch and ATM centers from Canara Bank, which areWe discuss, review, write and explain about different products, services, technology and more through our website.

    ReplyDelete

What do you think of my blog???