Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) telahpun berkolabrasi dengan penyanyi Aris Ariwatan baru baru ini untuk melancarkan Lagu Kenyir Keindahan Alam bersempena dengan Tahun Melawat Kenyir 2022.
Majlis Pelancaran Lagu Kenyir ini disempurnakan oleh Pengerusi Ketengah , Senator Datuk Razali Idris sambil menyemarakkan aktiviti pelancongan di dalam Wilayah Ketengah iaitu Tasik Kenyir yang menjadi destinasi yang terpilih, dan yang sering menjadi tumpuan utama pelancongan di wilayah ini…
Aris Ariwatan turut menjadi komposer serta terlibat secara menyeluruh dalam pembikinan klip video lagu ini selain sebagai penyanyi Lagu Kenyir Keindahan Alam
Menurut Razali, “Matlamat utama pelancaran lagu ini ialah untuk memperkenalkan Wilayah Tengah kepada seluruh masyarakat Malaysia dan membuka mata masyarakat dengan keindahan, keunikan serta keistimewaan tempat tempat di Wilayah Ketengah. Ia bakal melonjakkan rantaian ekonomi masyarakat tempatan.
Antara destinasi menarik yang terdapat di sini adalah seperti seperti Air Terjun Chemerong (antara air terjun tertinggi Malaysia) , Lubuk Kain Sungai Bangan, Pokok Cengal Besar, dan tidak dilupa lokasi tumpuan pendaki Chemerong Berembun Lansir (CBL) yang pasti menjanjikan pengalaman dan keindahan yang amat asyik serta menakjubkan”.
Beliau juga berharap bahawa kehadiran pelancong ke Tasik Kenyir dan destinasi pelancongan lain dalam wilayah ini akan mencetuskan budaya yang menjurus kepada kesedaran tentang tanggungjawab terhadap kepetingan ekologi dan penjagaan alam sekitar dan kecintaan kepada negara….
Wilayah Ketengah juga turut menawarkan pelbagai kemudahan serta prasarana untuk sukan pelancongan yang terbaik di Terengganu.
Antaranya Padang Golf yang bertaraf antarabangsa, trek untuk acara sukan lasak seperti 4x4 Challenge, Sukan Motorcross , aktiviti pendakian gunung serta pusat sukan air yang mencabar. Ia bakal menjadi tarikan untuk diterokai oleh para peminat sukan lasak dan juga para athlet dalam dan luar negara.
Senator Datuk Razali Idris meletakkan harapan yang amat tinggi supaya Wilayah Ketengah dijadikan salah satu hub atau pusat kepada penganjuran sukan aktiviti lasak seperti “adventure” dan “sukan endurance” yang kini amat diminati dikalangan belia…
Penyanyi rock yang tidak asing lagi Sham Visa juga membuat penampilan dan menghiburkan para tetamu.
Selain Pelancaran Lagu Kenyir Keindahan Alam, program penutup Kenyir Eco Trophy 2022 turut diadakan pada hari yang sama.
Program Kenyir Eco Trophy 2022 (KET 22) bermula pada 18 Mac 22 hingga 22 Mac 22 .
Upacara pelepasan diadakan di Balai Orang Ramai (Balora) Bandar Muktafi Bilal Shah, Dungun ,Terengganu menuju laluan ke Tapak Perkhemahan Sg Loh (jambatan besi) dan berakhir di Tasik Kenyir. Jumlah keseluruhan perjalanan adalah lebih kurang sejauh 130km.
Program KET 22 dianjurkan oleh Ketengah bersama dengan Persatuan Rekreasi Wanita Malaysia (WRAM) menawarkan hadiah tunai bernilai hampir RM20 ribu ringgit untuk dua kategori cabaran 4X4 iaitu “short base” dan “long base”.
KET 22 juga menjadi salah satu platform dalam mempromosikan destinasi percutian menarik di Wilayah Ketengah apabila para peserta datang dari seluruh Semenanjung Malaysia. Ini kerana selain Cabaran Pertandingan 4x4 program KET22 turut menawarkan penyertaan santai perkhemahan , percutian keluarga atau bersama rakan rakan yang menggemari aktiviti perkhemahan yang diadakan di tepi Sungai Loh yang menjadi tapak perkhemahan dan juga lokasi trek cabaran pertandingan 4x4.
Penyertaan KET 22 menerima penyertaan hampir 60 biji kereta untuk kedua dua aktiviti iaitu perkhemahan dan juga pertandingan 4x4. Peserta konvoi berlepas ke tapak perkhemahan di Sg Loh daripada Bandar AlMuktafi Bilal Shah.
Jika Bandar Termerloh Pahang terkenal dengan jolokan Bandar Ikan Patin, Bandar Mukftafi Bilal Shah pula popular dengan masakan Ikan Baungnya. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menjamu selera di restoren restoren yang menyajikan masakan ikan baung jika berada di sana.
Konvoi melalui jalan perkampungan bertar menuju ke Kampung Jongok Batu, Dungun yang menyajikan susana tenang dan nyaman berlatarkan kehijauan gunung ganang. Jarang anda akan berselisih dengan kereta, selepas melepasi Kampung Jangok Bongek, konvoi terpaksa melalui laluan “off road” sejauh lebih kurang 5 kilometer untuk sampai ke Sg Loh.
Setelah sampai di tapak perkhemahan peserta mula mencari “spot terbaik” berdekatan sungai untuk memacak khemah .
Masing masing terpegun dan teruja bila dapat jumpa sungai yang agak lebar disambung dengan jambatan kayu . Ia memaparkan pemandangan sekitar yang cukup menawan dengan air sungai yang jernih . Apa yang pasti kesejukan air menanti anda. Bagi peserta cabaran 4x4 mereka mula membuat pemeriksaan kenderaan pacuan empat roda yang telah diubah suai mengikut spesifikasi pertandingan dan meninjau keadaan trek untuk persediaan pertandingan keesokan harinya dan bakal berhadapan cabaran 6 SS ( 6 peringkat cabaran).
Walaupun kategori cabaran 4x4 hanyalah tahap “light & easy”, tetapi ia tidak harus diambil mudah oleh setiap peserta.
Menurut Pengurus Acara KET 22, Narimah Samat “ KET 22 mendapat sambutan yang menggalakkan walaupun acara terpaksa ditunda ke tarikh baru kerana bencana banjir yang melanda Hulu Terengganu khususnya Tasik Kenyir yang terjejas teruk.
Setiap peserta yang hadir berpeluang menikmati keindahan semulajadi yang terdapat disekitar kawasan tapak perkhemahan di samping berlawan untuk cabaran 4x4”.
Perlumbaan 4x4 menguji kemahiran pemandu serta kekuatan jentera mereka melalui denai hutan dalam waktu terpantas dengan aksi aksi penuh debaran serta memberi persaingan sengit pada setiap peserta perlumbaan.
Penonton yang hadir untuk menyaksikan perlumbaan KET 22 disajikan dengan aksi aksi penuh debaran dan mengujakan daripada setiap pelumba dan juga jentera mereka yang beraksi penuh hebat. Ia membuatkan penonton dan peminat sukan 4x4 tidak mahu berganjak dari tempat masing masing. Bagi penonton yang kali pertama menyaksikan perlumbaan sebegini pasti ia sesuatu pengalaman baru yang menarik untuk dibicarakan.
Program KET 22 juga mengadakan acara sukaneka rakyat yang memberi keseronokan pada setiap peserta terutamanya acara bola sepak lumpur.
Pelbagai aksi serta gelagat menarik spontan yang menghiburkan terjadi sewaktu acara berlangsung.
Jika berada di tapak perkhemahan Jambatan Kayu Sg Loh ini, perkara wajib anda buat adalah bangun seawal pagi sebelum jam 8 pagi , untuk menikmati suasana pagi berkabus yang menyelubungi sungai. Ia adalah saat yang damai dan bening.
Berada di sini anda boleh mandi sungai sepuas puasnya setiap waktu dalam keadaan selasa kerana tidak ramai pengunjung kesini . Airnya ada kawasan cetak dan dalam dan terdapat kawasan luas berpasir seperti tepi pantai. Anda juga boleh menyelusuri sungai dikawasan cetak untuk merakam photo photo indah untuk media sosial. Memang sesuatu yang sangat menyeronokkan dan mengasyikan sambil menikmati pemandangan hijaunya gunung ganang yang terhampar di depan mata.
Selesai acara perlumbaan 4x4 KET 22 pada hari kedua selepas para pelumba dan jentera berjaya menyelesaikan keenam enam SS.
Pemenang Acara Kategori Short Wheel Base KET22 adalah Pasukan May Auto Garage yang berjaya membawa pulang Piala Pusingan(Trophy) serta hadiah wang tunai bernilai RM2000 ringgit.
Sebelum pulang, para peserta media tidak melepaskan peluang untuk meninjau kawasan berdekatan dengan tapak perkhemahan Sg Loh. Singgah di Lubuk Kain, Sg Bangan yang cuma 15minit perjalanan dari tapak perkhemahan Sg Loh adalah sesuatu yang di luar jangkaan.
Air sungainya jernih hingga kedasar dengan tona biru kehijauan memukau mata memandang. Tambahan pula jaraknya dari parking hanyalah beberapa langkah. Satu keterujaan dan keseronokan yang tidak dapat digambarkan.
Sungai yang cantik airnya terbentang di depan mata tanpa perlu mendaki atau “trekking” hingga berjam jam.
Lubuk Kain mempunyai beberapa peringkat kedalaman dan kederasan air. Langkah berhati hati jangan terlalu teruja dan seronok wajib diambil kira. Pengunjung yang berkunjung ke sini boleh menyewa pelampung untuk menyelesuri sungai dikawasan khas.
Gerai gerai jualan makanan dan minuman juga terdapat di sini, jadi tidak perlu risau jika rasa lapar atau dahaga selepas mandi manda.
Tapak perkhemahan juga terdapat disini, Cuma tiada bekalan letrik pada waktu malam. Kepada mereka yang sukakan aktiviti perkhemahan anda patut datang ke sini. Percayalah Lubuk Kain Sg Bangan bakal menghadiahkan satu keindahan dan pengalaman yang sangat indah.
Sesungguhnya Wilayah Tengah Terengganu adalah syurga destinasi eco pelancongan terutamanya pengembara yang gemar kepada aktiviti luar pendakian atau trekking ke air terjun. Segalanya indah di Wilayah Tengah Terengganu.
No comments:
Post a Comment
What do you think of my blog???