Nov 7, 2019

Kuala Lumpur Fabulous Food Hunt 2019


Kuala Lumpur Fabulous Food Hunt 2019 (KLFFH 2019) adalah satu acara yang dinanti-nantikan anjuran Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) W.P. Kuala Lumpur/Putrajaya dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).




KLFFH 2019 kali ini membawa tema ‘Back To Kampung’ telah mempertandingkan beberapa kategori iaitu kategori terbuka, tertutup & wanita.



Seiring dengan tema ‘Back to Kampung’, para peserta termasuk Miera dan teman2 Miera iaitu Fahmi Esmail, Khalishan Alias dan Eizzad Jeffrey terpaksa menjawab soalan teka teki untuk mendapat nama nama restoran makanan tradisi yang kami harus kunjungi untuk menikmati sajian-sajian tradisional rakyat di sekitar Kuala Lumpur...




Yang lebih menarik lagi menu makanan yang selalunya amat ‘biasa’ bagi peserta tempatan & unik bagi peserta luar, perlu dihabiskan dengan masa terpantas dan makanan ini terkenal dengan kepedasan, rempah ratus, keaslian dan keunikan yang tersendiri...






Pastinya cabaran ini telah menjadi sesuatu yang ‘luar biasa’ serta mencabar dan amat menarik untuk disaksikan pada setiap checkpoint restoran yang terlibat.

KLFFH 2019 telah menjadi salah satu acara penting dalam memperkukuhkan pelancongan makanan Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur dan pada tahun ini juga menerima penyertaan dari luar negara. Acara menarik ini telah dianjurkan selama lebih dari 8 tahun untuk mempromosikan dan memupuk kesedaran di kalangan masyarakat dan pelancong mengenai keunikan pelbagai jenis makanan istimewa Malaysia dan kali ini makanan tradisional pula diketengahkan...



Seramai 1000 penyertaan telah di terima, dibahagikan kepada 250 pasukan yang telah berlumba di sekitar Kuala Lumpur menggunakan pengangkutan awam seperti teksi, bas, LRT, komuter, monorel, dan MRT. Mereka mesti menyiapkan tugasan di semua 10 lokasi untuk mendapatkan cop 'Completed' sebelum menamatkan perlumbaan. 


Setiap checkpoint mempunyai cabaran yang tersendiri antaranya termasuk memakan hidangan tradisional seperti masak lemak cili api, patin tempoyak, ayam kampung, gulai daging salai dan banyak lagi, mereka juga perlu bermain permainan tradisional, menjawab soalan yang berkaitan dengan pelancongan di Malaysia dan Kuala Lumpur serta mencari lokasi restoran tradisi terpilih dalam masa terpantas. 


Mereka juga perlu mempromosikan hashtags acara seperti #VM2020, #VisitKL, #KLFFH, dan #MalaysiaTrulyAsia dalam posting media sosial sebagai salah satu peraturan dan salah satu usaha untuk mempromosikan Kuala Lumpur sebagai destinasi melalui media sosial.




Kategori terbuka telah dimenangi oleh Juara - Kumpulan Budget, tempat ke-2 Kumpulan Kaki Makang & tempat ke-3 Kumpulan Dah Takdir yang masing-masing membawa hadiah wang tunai sebanyak RM5,000. RM3,000 & RM1,500. Bagi kategori Wanita dimenangi oleh Juara – One TD, Ke-2 Gigih & Ke-3 Kelisa Rangers. Manakala kategori Tertutup dimenangi oleh Juara – Panda Comel, Ke-2 Gempak! & Ke-3 TMGBC. Yang mana setiap kategori ini masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM500, RM400 & RM300 setiap kumpulan.


Tahun ini KLFFH 2019 mempersembahkan Kuala Lumpur sebagai "Hot Spot" untuk destinasi makanan dari restoran makanan tradisional yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia. Semasa menikmati pelbagai makanan ini, para peserta khususnya pelancong asing yang menyertainya akan berpeluang untuk meneroka Kuala Lumpur dan mengenali pasti restoran-restoran makanan tradisional istimewa ini.



Hadiah yang menarik dan hadiah cabutan bertuah telah ditawarkan kepada semua kategori: terbuka, wanita, tertutup dan pasukan antarabangsa. 45 pasukan pertama dari mana-mana kategori akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM23,300. Terdapat juga banyak barangan lain yang ditawarkan sebagai hadiah cabutan bertuah seperti boucer tiket peserbangan Firefly, barangan elektrik, peralatan sukan lasak, baucer makanan dan banyak lagi. Semua hadiah telah ditaja oleh rakan rasmi KLFFH.



MOTAC juga berharap hubungan strategik dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), IPTA / IPTS, sektor swasta, NGO, penaja, pemilik restoran dan rakan media akan terus berkembang pada masa akan datang terutamanya dalam menyasarkan 30 juta pengunjung pada tahun 2020...



Oleh itu, kawan kawan yang nak cuba, silakan sertai KLFFH2020 nanti OK....

No comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???