Jun 13, 2018

JOOX RASA SAYANG BERSAMA ARTIS TEMPATAN MENZIARAHI RUMAH ANAK YATIM PADA BULAN RAMADAN


Bulan Ramadan bulan yang mulia, bulan untuk umat Islam mengerjakan pahala.. oleh itu, ramai orang dan syarikat yang akan membuat amal jariah di bulan yang mulia ini... JOOX tidak ketinggalan...



JOOX yang merupakan perkhidmatan penstriman muzik, menawarkan kebolehan untuk para pengguna mendengar lagu secara percuma dengan sokongan data, selain turut hadir dengan langganan premium...



Untuk Ramadan ini, JOOX bersama beberapa orang artis tempatan iaitu Wani Kayrie, The 4aith dan Putera Muhammad telahpun bekerjasama dalam menjayakan Program JOOX Rasa Sayang siri pertama baru baru ini... Artis yang menyertai program ini adalah 

JOOX Rasa Sayang ialah sebuah projek amal kebajikan oleh JOOX Malaysia dan ini merupakan projek mereka yang ke-2.



JOOX Rasa Sayang bersama beberapa artis dan peminat mereka telah menziarahi sebuah rumah anak yatim iaitu Persatuan Pertubuhan Islam Buah Hatiku di Semenyih baru-baru ini dengan tujuan untuk menceriakan anak yatim dan berkongsi sedikit kasih sayang di rumah anak yatim tersebut bersama artis -artis tempatan kita...



Rumah anak yatim ini menempatkan 30 orang anak yatim, 24 daripadanya adalah dalam lingkungan 2 hingga 6 tahun dan 6 orang lagi adalah 17 tahun. Dalam program ini, artis-artis telah berhibur bersama anak-anak yatim tersebut dengan berkongsi cerita, aktiviti riadah, serta menyanyi bersama... 

Artis-artis tersebut turut mempersembahkan lagu-lagu untuk hiburan anak -anak yatim tersebut berserta berbuka puasa.... 

Cenderahati berupa set alat tulis dan botol air juga turut diberikan kepada anak-anak yatim ini oleh artis-artis tersebut...



Beberapa sedutan belakang tabir program ini boleh ditonton melalui JOOX e-Beats. Dalam sesi temu ramah bersama artis, kesemua artis telah meluahkan rasa gembira, terharu dan tersentuh dengan kehadiran anak-anak yatim ini dalam hidup mereka... Bagi mereka, ini akan menjadi pengalaman manis yang tidak mudah dilupakan....

JOOX Rasa Sayang tengah bercadang untuk teruskan aktiviti melawat pusat pemulihan orang kurang upaya, rumah jagaan orang tua dan pusat gelandangan bersama artis-artis tempatan yang lain-lain di masa yang terdekat...



No comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???