PIALA MALAYSIA FANTASI 2014 yang telah bermula pada 13 Ogos sehingga 8 November 2014 lalu, kini telah
menemui pemenangnya pada musim ini.
Kemenangan yang tidak disangka ini telah dimenangi oleh seorang peminat
bola sepak wanita, Ismawati Ilias dengan membawa pulang wang
tunai RM 8,000. Beliau telah diwakili oleh suaminya, Azahar Bin Assaari ketika
sesi penyerahan replika cek di program Grandstand Ahad baru-baru ini.
Ismawati berkongsi
minat yang mendalam bersama suaminya terhadap sukan bola sepak dan sentiasa mengikuti perkembangan bola sepak tempatan
terutama pasukan bola sepak kelahirannya iaitu Pulau Pinang. Ini juga merupakan
penyertaan pertama Ismawati dalam pertandingan ini dan suaminya merupakan
tulang belakang dalam menguruskan pasukan fantasinya yang bernama Juah Gila
dengan memungut 483 mata.
Azman Fahmi Osman, Penolong Naib Presiden Penjanaan Pendapatan Astro
Arena bekata “Ternyata bola sepak adalah sukan universal yang diminati oleh semua
peringkat golongan dan kemenangan Ismawati Ilias membuktikan golongan wanita
juga mempunyai pengetahuan di dalam bidang sukan yang didominasi oleh kaum
lelaki. Bukan itu sahaja, malahan sukan bola sepak tempatan juga turut diikuti
oleh semua masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan ini dapat dilihat
melalui kemenangan oleh Tan Hoo Fatt yang berjaya merangkul hadiah utama Liga
Super Fantasi 2014 baru-baru ini.
Jika
dilihatkan begitu banyak inisiatif yang diambil bagi memeriahkan lagi industri
bola sepak Malaysia dan penganjuran permainan atas talian seperti ini juga
adalah usaha Astro Arena dalam menyokong inisiatif dan membuka peluang untuk
penglibatan orang ramai dalam liga bola sepak tanah air. Melalui permainan seperti ini,
peminat berpeluang menguji kemampuan sendiri dengan menguruskan pemain-pemain
terbaik dan membentuk menjadi sebuah pasukan impian yang hebat. Saya mewakili pihak Astro Arena ingin
mengucapkan tahniah buat para pemenang dan diharapkan agar para pencinta sukan
tanah air akan terus memberikan sokongan kepada Astro Arena dan industri sukan
Malaysia keseluruhannya”.
Piala
Malaysia Fantasi 2014 adalah sebuah permainan pengurusan pasukan bola sepak di
mana pemain akan dibekalkan dengan modal sebanyak 100 juta dan dikehendaki
untuk menciptakan pasukan fantasi masing-masing. Mereka dibenarkan untuk
membeli seramai 11 orang pemain bola sepak di mana setiap pemain bola sepak
yang dipilih berkemungkinan akan menyumbang mata mengikut jadual mata yang
disediakan. Pemain juga hanya dibenarkan memilih maksimum hanya tiga pemain
bola sepak yang beraksi dalam pasukan yang sama.
Adunan pemain telah diuji dan hanya percaturan
yang mantap akan melayakkan pemain meraih mata tertinggi. Selain pemenang
utama, terdapat juga pemenang peringkat kumpulan yang dimenangi oleh Mohd
Zaimie Zainudin. Beliau telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 2,000.
Sementara itu, pemenang bagi peringkat kalah mati
pula dimenangi oleh pasukan ‘Next’ dengan email pendaftaran sayurtaugeh7@yahoo.com telah memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM
5,000.
No comments:
Post a Comment
What do you think of my blog???