Nov 6, 2014

PEMENTASAN TEATER BANGSAWAN SINBAD








Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan pementasan Bangsawan “Sinbad” seperti butiran berikut:-
 
7-9 November (Jumaat – Ahad) :
PEMENTASAN TEATER BANGSAWAN SINBAD
 
Tempat: Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, 
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
Masa: 8.30 Malam
 
Bangsawan Sinbad kali ini merupakan kesinambungan dari Teater Bangsawan Sinbad yang pernah dipentas oleh Bangsawan Grand Opera JKKN pada tahun 2009 Sinbad “Batu Permata Dewa”. 
 
 
 
Khalayak yang pernah menonton Bangsawan Sinbad pada tahun 2009, akan melihat sambungan kepada konflik Sinbad “Batu Permata Dewa” dalam Sinbad “Dendam Ratu Kala” yang akan dipentas pada tahun ini.
 
Sinbad “Dendam Ratu Kala” mengisahkan apa yang telah terjadi selepas kematian Ratu Sheeba (Sinbad “Batu Permata Dewa”) anak kepada Ratu Kala, Ratu Kala ingin membalas dendam di atas kematian anaknya lalu menculik Permaisuri Jasmin sebagai tebusannya. 
 
Sinbad menjadi hilang punca arah dimana kedudukan Kerajaan Ratu Kala di Alam Hitam dan ingin memulakan pelayaran, sementara itu ia berjanji jika tidak kembali dalam sempurnama, ayahanda saudara Jasmine Jaafar akan menjadi Sultan.  
 
 
 
Sinbad meminta pertolongan Tiga Setan Ratu Sheeba yang mengetahui Kerajaan Ratu Kala. Bagi memujuk Setan bertiga itu, dayang-dayang digunakan untuk memujuk. 
 
Sementara itu, Puteri Jasmin telah ditukar sifatnya menjadi Sheeba oleh Ratu Kala dan pelayaran Sinbad terhalang dengan kuasa sihir setelah berhempas pulas berjuang.  
 
Mereka selamat mendarat di Alam Sihir. Permaisuri Jasmine yang telah menjadi Ratu Sheeba diarah untuk membunuh Sinbad. 
 
Batu Permata Dewa Ratu Jasmin telah digunakan bagi memulihkan Puteri Jasmine dan dengan bantuan Setan-Setan bertiga yang membantu Sinbad bagi menewaskan Ratu Kala dengan gabunan Batu Permata Dewan dan Tongkat Sakti Ratu Kala.  
 
Sementara itu Jaafar berangan-angan ingin memerintah Kerajaan Sinbad tetapi malangnya Sinbad sampai pada waktunya dan terbocor rahsia Jaafar bersengkongkol dengan Ratu Kala.
 
Menarik kan???? Jom kita pergi menyaksikan pementasan cerita hebat ini!!!

1 comment:

What do you think of my blog???