Oct 21, 2014

Kisah benar sekadar nak berkongsi


Di suatu kawasan tanah lapang, seekor lembu terserempak dengan seekor anjing yang kelihatan seperti sedang marah-marah. Si lembu pun segera memberanikan diri menghampiri si anjing, lalu menyapanya.

Lembu: Hai anjing, apa khabar? Macam ada yang tak kena je?

Anjing: Aku tengah tension ni... Ikutkan hati, nak je aku gigit manusia tadi!

Lembu: Eh? Kenapa?


Anjing: Aku lalu tepi dua orang manusia, seorang lelaki dan seorang perempuan yang sedang berkepit. Tiba-tiba si lelaki terperanjat dan terus melompat, sambil berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauhlah.. najis!"

Lembu: Ya, lah. Kau kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu...

Anjing: Kalau aku najis sekali pun, kalau dia sentuh aku, boleh je disamak. Habis, yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa dia tu? 

Lembu: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang kau wahai anjing, malah tak boleh disucikan sekalipun disamak!

Anjing: Wah.. ayat kau memang power la... lepas ni manusia kena ubahla pepatah "Pandai macam LEMBU"

4 comments:

  1. Replies
    1. =) saya juga seorang Muslim, saya tidak lah perfect tapi saya berpegang kepada prinsip moderasi... saya geram dengan setengah dari mereka itu yang fanatik sangat dan suka sahaja menunding jari atau mencari kesalahan orang lain.
      biar dosa masing masing di tentu oleh Allah SWT kan....saya tak cakap saya baik sangat.. saya pastinya akan ke neraka juga tapi all that cari pasal and so on make me soooooooooo geram... so I cari this story and post it... heheheh

      Delete
  2. wow...betul banget ni...
    Salam kenal dari Lombok Indonesia..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Areno Kakutasu..... a new friend is always welcomed..... salam kenal kembali dari KL, Malaysia

      Delete

What do you think of my blog???