Sep 15, 2014

Product review: Sabun Muka Seri Emas

Saya telah di berikan peluang emas untuk mencuba produk kecantikan baru dari syarikat Newave Solution yang merupakan sabun muka Seri Emas. 

Sabun muka Seri Emas (Seri Emas Formulasi Resdung) sejenis sabun HANDMADE yang diperbuat dari 50% madu dan selebihnya ialah kombinasi herba semulajadi iaitu bunga tanjung, kulit kayu manis, minyak kelapa, kunyit dan ekstrak buah delima. 100% halal, keluaran dan hak milik penuh bumiputera.

Kualiti penghasilan sabun ini amat dititik beratkan hinggakan pemilik mengeluarkan belanja yang mahal untuk menghasilkannya secara HANDMADE, 100% buatan tangan. Untuk mengeraskan sabun memerlukan masa 2 minggu kerana pemilik tidak mahu menggunakan bahan kimia yang membolehkan sabun keras hanya dalam masa beberapa jam sahaja. Sabun ini 100% di perbuat dari bahan semula jadi dan kualitinya merupakan kualiti paling tinggi bagi kelas soap bar kerana ianya bebas sebarang bahan kimia.


Saya memang terperanjat melihat melihat duta Seri Emas itu  merupakan Felixia Yeap  aka Raisyya Rania Yeap, dan juga teruja ingin mencuba sabun muka yang berwarna merah jambu yang di terima dalam peti surat.



Sabunnya senang berbuih dan berbau segar dengan bau herba dan bunga-bungaan. 


Kita hanya perlu buihkan pada tangan dan sapu pada muka dengan putaran menaik. Pada kali pertama saya memakai sabun muka Seri Emas ini, kulit terasa sedikit pedih tetapi buat sekejap sahaja (beberapa minit) .


Kalau ada jeragat, ataupun gatal2 hidung, gosok lebih lama di bahagian kiri dan kanan hidung, biarkan 2-3 minit kemudian baru bilas dengan air.


Kesan kelegaan hidung boleh dirasai dengan serta merta. Untuk yang kulit berminyak atau yang mempunyai kulit kombinasi (seperti saya), kulit akan merasa lebih bersih dan licin daripada sebelumnya.


Selepas menggunakan sabun muka Seri Emas untuk 3-4  hari , permukaan kulit nampak dan terasa lebih bersih, lebih jernih/ kurang berminyak dan tidak ada jerawat.  Hidung saya yang sebelum ini rasanya seperti sandpaper, kini semakin licin.

Kesimpulannya? Saya amat menyukai sabun muka ini dan ianya lebih berkesan dan mujarab daripada sabun muka yang saya pakai selama ini.  Terasa jeragat dan bintik hitam semakin mengurang dan pori semakin mengecil. Dan sememangnya kulit merasa lebih licin dan bersih dengan jangkamasa lebih lama.

Sabun muka Seri Emas ini sah sudah menjadi salah satu penjagaan kulit feveret/ kegemaran saya, dan itu lah satu sebab saya tidak teragak-agaik dan tidak sabar untuk berkongsi penemuan saya ini...

Untuk maklumat selanjutnya, layari website Seri Emas 

atau layari Facebook


Cara pembelian : sms SE60 ke 0166492659

Koleksi testimoni : Testimoni

Harga : RM60 Sem & RM65 Sabah & Sarawak termasuk pos 

Pembaca-pembaca blog boleh menerima sampel percuma. Hanya perlu isikan borang online yang di   SINI


Formulasi ini telah diuji dan digunapakai hampir 10 tahun dan kini pemilik formulasi ingin kongsikan kepada umum dengan niat Anda mendapat faedah daripada penggunaannya. Hanya dengan penggunaan 2-3kali sehari, insyaAllah Sabun Muka Seri Emas mampu membantu melegakan simptom resdung anda serta yang mempunyai masalah kulit pada muka. Kesannya boleh dirasai seawal 7 hari penggunaan berterusan.

Sabun Muka Seri Emas juga boleh membantu melegakan:-

Resdung, Migrain, Masalah Kulit Muka, Kelemumur, Jerawat dan parut dan Elergik Makanan Laut!!


3 comments:

  1. wahh..menarik...muka nampak berseri. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabun muka Seri Emas ini memang berkesan... sebelum ini hidung Miera rasa macam sand paper... sekarang terasa semakin licin......

      Delete

What do you think of my blog???