Kenapa Saya Perlu Baca Majalah Libur? Itu soalan yang di
tujukan, bersama dengan peluang keemasan untuk terbang ke Medan, Indonesia bersama-sama
Majalah LIBUR dan segala perbelanjaan Penerbangan KL - Medan - KL, Penginapan,
Makan Minum yang akan ditaja sepenuhnya.
Peraduan ini anjuran bersama Blooggers Media dan Majalah
Libur Karangkraf dan saya memang teringin mendapatkan peluang keemasan ini. Bahasa
Malaysia saya bukannya yang terbaik, tetapi saya akan mencuba sebaik mungkin
dan mengharapkan apa yang saya ingin sampaikan boleh difahami pembaca saya.
Majalah Libur merupakan sebuah majalah berkonsepkan
pengembaraan dan percutian. Ia khusus bagi mereka yang hendak bercuti di
destinasi-destinasi percutian tempatan dan luar negara. Maklumat pengembaraan
dipaparkan dengan konsep yang pratikal dan mesra pembaca. Mengandungi pelbagai
topik yang menjadi persoalan para pengembara di dalamnya.
Ia juga merupakan majalah percutian yang terunggul di
Malaysia. Majalah ini menggunakan "Riang & Selesa" sebagai
motonya dan diterbitkan semenjak tahun 2002. Majalah Libur merupakan salah satu
bahan cetakan terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd dan sudah mendapat pelbagai
anugerah termasuk
• Gold Award - MPA
Magazine Awards 2013 - Category Special Interests & Niche – Bahasa
• Bronze Award - MPA Magazine Awards 2013 - Category Special
Interests & Niche – Bahasa
• MPA Magazine Award 2006 –Best Cover Design - Malay
(Lifestyle Magazine): Libur magazine
• “Majalah Pelancongan Tempatan Terbaik” - Anugerah
Pelancongan Malaysia 2011. Penganjur:
Kementerian Pelancongan Malaysia
Untuk pengtahuan selanjutnya, sila layari
Blooggers Media ialah satu komuniti yang ingin bersama
mebina komuniti blogger yang terbaik. Kalau anda seorang blogger, anda harus
menyertai Blooggers Media supaya anda dapat menyertai aktiviti-aktiviti dan “job”
yang akan di kongsikan. Moto Blooggers Media ialah “Rezeki dikongsi bersama”,
dengan tu, jika anda belum menyertai Blooggers Media, klik dibawah dan cepat
sertai
Saya memang minat melancong, tetapi sayangnya, saya bukan
daripada orang berada atau keluarga yang kaya. Dengan itu, saya hanya dapat
melancong sekali sekala. Majalah Libur yang membuka mata, minda dan membawakan
saya menerokai khazanah silam, semulajadi atau bandar-bandar cosmopolitan yang
mengkagumkan bersama penulis- penulis
hebat mereka ke destinasi- destinasi impian dan juga mengemukakan
destinasi-destinasi yang saya tidak tahu sebelum ini juga.
Penulisan dalam Majalah Libur itu ikhlas dari pandangan penulis
dan gambar-gambar yang di ambil semuanya sungguh menawan
Majalah Libur juga membukakan mata saya bahawa ada juga
ramai destinasi tempatan yang hebat –hebat yang harus di terokai atau di
kunjungi, selain destinasi Asia Tenggara dan seterusnya, dunia.
Saya sememangnya peminat Majalah Libur dan saya amat teruja
apabila ternampak naskah terkini di kedai majalah atau kedai buku.
Marilah mengikuti cerita-cerita hebat penulis Majalah Libur
dan menghayatilah apa yang saya menghayati selama ini.
Dan…. Destinasi Peraduan ini… Medan, Indonesia….
Kota Medan adalah ibu kota daerah Sumatera Utara, Indonesia.
Ia adalah bandar terbesar di Sumatera, dan Bandar keempat yang paling besar di
Indonesia selepas Jakarta, Surabaya dan Bandung. Medan bersempadan dengan
Kabupaten Deli Serdang di sebelah barat, timur, dan selatan dan dengan Selat
Melaka di sebelah utara.
Kunjungan ke Medan tidak lengkap jika tidak melawat Tasik
Danau Toba di Parapat iaitu tasik yang terbesar di Indonesia dan juga Asia
Tenggara. Tasik Danau Toba terjadi dari kawah Gunung Berapi dan ada juga cerita
lagendanya. Pemandangan di Danau Toba amat cantik dan menarik sekali. Di
tengah-tengah Danau Toba itu ada sebuah pulau yang dipanggil Samosir yang
merupakan perkampungan traditional yang amat menarik….
Ada lagi ramai tempat menarik seperti Brastagi, Air Terjun Siposo-Piso dan juga Kota Medan
sendiri, dan saya amat harap saya adalah orang yang dipilih untuk menikmati
peluang ke Medan ini…
Peraduan ini adalah anjuran bersama Blooggers Media dan
Majalah LIBUR.
( Gambar -gambar sekadar hiasan dan diambil dari google.com)
bagus kan
ReplyDelete