Sep 13, 2014

INCHEON, KAMI DATANG!

Zainal Abidin Rawop, Hafizal Hamad, Akbar Sahari dan Beatrice Krishnan merentas dunia
untuk sampaikan laporan langsung atlet tanah air 2014 pastinya menjadi satu tahun yang amat bermakna buat para pencinta sukan kerana setiap bulan dipenuhi dengan pelbagai acara dan temasya sukan gergasi di dalam dan juga luar negara.



Tirai Arena sukan 2014 dibuka dengan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 Sochi dan disusuli dengan beberapa lagi temasya sukan bertaraf dunia antaranya Piala Thomas dan Uber 2014, Sukan Komanwel 2014 Glasgow, Sukan Olimpik Belia 2014 Nanjing dan pastinya PIALA DUNIA FIFA 2014 BRAZIL.


Selaku stesen penyiar siaran sukan utama Malaysia, Astro terus berusaha dalam membawakan kesemua temasya sukan ini untuk tatapan bagi memenuhi kehendak pencinta sukan tanah air. Kini, satu lagi penganjuran temasya sukan terbesar di Asia iaitu Sukan Asia 2014 Incheon bakal menjengah dan Astro dengan berbesar hati akan membawakan liputan secara langsung dan menyeluruh melalui platform televisyen dan Astro on the Go.



Sukan Asia 2014 Incheon yang bakal berlangsung untuk edisi ke-17 ini bakal menampilkan sebanyak 45 buah negara termasuk Malaysia mengambil bahagian dalam 438 acara yang dipertandingkan meliputi 36 jenis sukan dan disiplin yang berbeza. Edisi Sukan Asia kali ini menggunakan slogan “Diversity Shines Here” ataupun “Kepelbagaian Ada Di Sini” bagi melambangkan dan mengetengahkan kepentingan diversiti Asia yang indah merangkumi elemen sejarah, budaya, dan agama. Malaysia akan menghantar seramai 288 orang atlet yang bakal merebut pingat dalam pelbagai acara sukan yang dipertandingkan antaranya skuasy, badminton, terjun, karate, hoki, tenpin boling dan pastinya acara sukan yang sentiasa mendapat perhatian peminat sukan tanah air iaitu bola sepak.

Zainal Abidin Rawop


Bertepatan dengan misi sebagai Nadi Sukan Malaysia, satu-satunya saluran penuh sukan tempatan di
Malaysia, Astro Arena (Saluran 801) akan membawakan liputan Sukan Asia 2014 dari Incheon, Korea bermula dari 19 September hingga 4 Oktober 2014. Astro Arena akan menyiarkan liputan setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam terutamanya yang melibatkan atlet tanah air secara langsung terus ke kaca televisyen penonton.

Sebagai Nadi Sukan Malaysia, Astro Arena ternyata serius dalam memastikan masyarakat tempatan
mendapat informasi serta liputan tepat, padat dan terkini. Ini terbukti apabila stesen ini menghantar
seramai 40 orang tenaga kerja bagi membawakan liputan meluas buat peminat sukan negara. Demi
menghidangkan maklumat terpantas dan ulasan perlawanan secara langsung, barisan pengacara Astro Arena iaitu, Akbar Sahari, Hafizal Hamad, Beatrice Krishnan dan pengulas Zainal Abidin Rawop akan berkampung di Incheon bagi membawakan kehangatan sebenar dari 49 lokasi pertandingan termasuk 23 stadium yang baru dibina.

Akbar Sahari


Ikuti temubual bersama para pengacara dan pengulas Astro Arena ini dalam berkongsi perasaan dan
harapan mereka untuk Sukan Asia 2014 Incheon:

1. Apakah perasaan anda apabila ditugaskan untuk ke Incheon bagi membuat liputan Sukan Asia
2014?

Zainal: Saya amat bersyukur kerana terpilih menyertai skuad Astro Arena ke Sukan Asia kali ini selepas tidak ke Piala Dunia di Brazil mahupun ke Sukan Komenwel di Glasgow. Sejak menjadi pengulas dan pengacara sukan, sememangnya ini adalah cita-cita dan harapan saya untuk bertugas di temasya sukan persahabatan ataupun multisport events tidak kira sama ada Sukma, Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan Komanwel mahupun Sukan Olimpik kerana ia adalah kemuncak kerjaya seseorang pengulas dan pengacara sukan.

Hafizal: Perasaan sememangnya teruja dalam memastikan setiap detik dan ketika dapat dikongsi
bersama seluruh rakyat Malaysia tentang perkembangan kontinjen negara. Secara peribadi, ini
merupakan tugasan Sukan Asia ketiga untuk saya selepas temasya di Doha dan Guangzhou.

Akbar: Saya berasa sangat bertuah dan teruja kerana saya bakal `graduate` sebagai seorang warga
media sukan. Saya akan melengkapkan pencapaian Grand Slam menerusi liputan di Incheon ini. Maka kini, lengkaplah semua liputan sukan bertaraf temasya yang saya sertai iaitu Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik.

Beatrice: Saya sangat bersyukur dan gembira pada masa yang sama kerana diberi peluang untuk
membuat liputan ke Sukan Asia bersama Astro Arena. Sudah pasti ia bagaikan mimpi menjadi
kenyataan kerana ini merupakan kali pertama bagi saya untuk membuat liputan temasya sukan
pelbagai seperti Sukan Asia ini.

Hafizal Hamad


2. Apakah persediaan yang anda lakukan sebelum berangkat ke Incheon?

Zainal: Sememangnya saya sudah membuat persediaan awal dengan mengimbas kembali rangkaian 
berita serta laporan atlet yang terbabit sama ada atlet tanah air mahupun atlet luar negara menerusi 
pembabitan mereka di temasya-temasya sukan antarabangsa yang lain. Kajian teliti mengenai Sukan 
Asia ini samada rekod silam atau terbaru adalah amat penting kerana Sukan Asia dianggap temasya 
sukan kedua terbesar dunia selepas Olimpik lebih-lebih lagi apabila ia menampilkan kuasa besar sukan dunia seperti China, Jepun, tuan rumah Korea serta bekas negara-negara Soviet.

Hafizal: Persediaan telah mula dilakukan lebih awal menerusi maklumat-maklumat terkini yang 
diperolehi dari pihak Majlis Sukan Negara (MSN) dan persatuan-persatuan sukan berhubung 
perkembangan barisan atlet negara.

Akbar: Seperti kebiasaannya, saya akan membuat kajian dan melengkapkan diri dengan segala ilmu, 
fakta dan maklumat mengenai temasya edisi kali ini seperti profil barisan atlet, pencapaian dan 
maklumat mengenai Incheon dan negara Korea secara umumnya.

Beatrice: Sebelum ke Incheon, rujukan yang terperinci pastinya perlu bagi memastikan diri saya penuh dengan informasi melibatkan altet tempatan yang akan mengambil bahagian dalam Sukan Asia. Selain itu, saya juga melakukan serba sedikit kajian sejarah yang pernah dicipta oleh atlet tempatan dari pelbagai jenis sukan di temasya sukan terbesar Asia itu untuk menjadi rujukan di sana nanti.


3. Apakah jenis bingkisan cerita ataupun laporan yang akan anda sampaikan dari Incheon ke 
Malaysia?

Zainal: Saya diberikan tugasan untuk membuat ulasan acara harian secara langsung dengan 
60% membabitkan barisan atlet tanah air. Selebihnya saya berharap akan dapat membuat liputan 
membabitkan atlet negara-negara lain kerana ia boleh dijadikan perbandingan mengenai prestasi 
mereka dengan atlet Malaysia.

Hafizal: Sudah pasti laporan menyeluruh dalam Nadi Arena, Liputan Harian dan juga Coretan Incheon 2014 yang mana jadual siaran boleh ikuti dari masa ke semasa di laman sosial Astro Arena .Tidak ketinggalan juga pelbagai maklumat akan turut dikongsi bersama rakan-rakan di Arena Radio.

Akbar: Saya akan terlibat dalam penerbitan berita Nadi Arena, pengulasan, laporan harian dan juga 
Nadi @ Incheon.

Beatrice: Saya diberikan tanggungjawab untuk menyampaikan laporan dan berita terkini Sukan Asia 
2014 melalui Astro Arena serta ulasan dan juga liputan secara langsung dari Incheon.

Beatrice Krishnan


4. Apakah harapan anda daripada tugasan untuk laporan dari Incheon ini?

Zainal: InsyaAllah dengan bantuan rakan-rakan pengulas yang lain sama ada di lapangan mahupun di studio, kami akan memberikan liputan yang terperinci barisan atlet tanah air di Sukan Asia Incheon.
Terima kasih kepada peminat-peminat setia Astro Arena dan pastikan anda terus bersama kami 
sepanjang hari. Doakan keselamatan dan kejayaan kami dan juga atlet-atlet dalam membawa nama 
Malaysia.

Hafizal: Secara peribadi, saya berdoa dan sangat mengharapkan kejayaan dari barisan atlet Malaysia 
dan semoga kejayaan yang diharapkan ini mampu untuk mengembalikan semula warna-warni pentas 
sukan negara.

Akbar: Pastinya tugasan yang diberikan kepada saya ini akan digalas dengan penuh tanggungjawab dan harapan saya agar saya dan rakan-rakan pengulas yang lain dapat menyajikan para penonton Astro Arena dengan liputan yang terperinci, terkini, pantas dan padat bagi memenuhi kepuasan serta 
kehendak tontonan para pencinta sukan di Malaysia. Ayuh! berikan sokongan kepada atlit negara, 
tontoni Astro Arena untuk liputan lebih komprehensif

Beatrice: Semestinya saya mengharapkan agar tugasan membuat liputan untuk Sukan Asia ini berjalan dengan lancar dan dapat memberikan kepuasan kepada para penonton memandangkan ini adalah pengalaman pertama buat saya. Saya bersama pasukan Astro Arena akan terus komited dan berusaha dalam menyampaikan berita terkini dan liputan menyeluruh khas buat anda, rakyat Malaysia.

5. Bagaimanakah cara sekiranya penonton/peminat ingin mengikuti perkembangan terkini dari anda?

Zainal: Anda boleh ikuti perkembangan terkini mengenai atlet negara dan para pengulas sukan Astro 
Arena menerusi laman sosial rasmi Astro Arena di Facebook ‘Astro Arena Saluran 801’, Twitter 
‘@astroarena’ dan Instagram ‘Arena801’.

Hafizal: Untuk mengetahui perkembangan terkini dari saya, ikuti saya di Twitter, ‘@hafizal_hamad’. 
Juga di laman Facebook saya, ‘Hafizal Hamad’.

Akbar: Saya akan memuat naik gambar-gambar menarik, status, perkembangan terkini atlit di laman 
Facebook saya, ‘rabkairahas’, Instagram ‘AKBARSAHARIE’ dan Twitter ‘@rabkairahas’ setiap hari. Peminat juga boleh membaca coretan saya mengenai sukan Asia di Facebook Astro Arena.

Beatrice: Ikuti saya di Twitter ‘@btrizK’ dan juga Instagram saya di ‘@beatricekrishnan’.


Selain mereka berempat, barisan pengacara Astro Arena yang lain seperti Burn, Sharon Wee, Rizal 
Hashim, Dayang dan Nurjannah Ali telah bersiap siaga untuk membawakan Liputan Harian dari studio Astro Arena di Kuala Lumpur khas untuk anda. 

Oleh itu, pastikan anda terus mengikuti perkembangan terkini, padat dan tepat pada setiap hari 
sepanjang temasya Sukan Asia 2014 Incheon berlangsung di Astro Arena Ekspresikan sokongan anda dalam melestarikan sukan tanah air serta atlet negara di persada antarabangsa melalui Astro Arena, 
Nadi Sukan Malaysia.

Dapatkan ‘Asian Games Pass’ untuk menonton melalui 14 saluran dedikasi Astro dengan berbesar hati akan membawakan liputan secara langsung dan menyeluruh temasya sukan terbesar di Asia iaitu Sukan Asia 2014 Incheon melalui platform televisyen dan Astro on the Go. 

Pelanggan Astro yang melanggan Pek Sukan dan Superpack akan menerima ‘Asian Games Pass’ yang membolehkan mereka menonton acara sukan tersebut melalui saluran khusus yang terdiri dari tujuh saluran definisi standard (SD) dan tujuh saluran definisi tinggi (HD) serta akses percuma untuk 
menonton enam saluran dedikasi menerusi tablet, telefon pintar dan komputer melalui Astro on the Go.

Bagi pelanggan Astro yang lain pula boleh membeli pas khas ‘Asian Games Pass’ ini dengan harga RM20 dan pembelian boleh dilakukan menerusi saluran 200.

Manakala, bagi para pelanggan NJOI yang ingin menyaksikan temasya sukan ini boleh berbuat demikian dengan melanggan saluran prabayar Pek Sukan dan menonton melalui Astro Arena Saluran 801 yang akan turut membawakan liputan acara sukan terpilih melibatkan atlet tanah air. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.njoi.com.my. 

Selain itu, bagi mereka yang bukan pelanggan Astro yang ingin mengikuti liputan penuh Sukan Asia ini boleh membeli ‘Asian Games Pass’ untuk mendapatkan akses kepada enam saluran dedikasi menerusi Astro on the Go ataupun menonton saluran Astro Arena menerusi Astro on the Go secara percuma. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari onthego.astro.com.my.

Untuk sebarang maklumat lanjut atau ingin melanggan Astro, sila layari www.astro.com.my atau 
hubungi 03-9543 3838.



4 comments:

  1. Saya akan menantikan berita- berita sukan Asian Game ini di Astro. kalau boleh tahu, Incheon ini di mana ya?

    ReplyDelete
  2. my son umur 4 tahun tu, suka sangat sebut "incheoooonnn" panjang2....hihi.

    ReplyDelete

What do you think of my blog???