Peminat yang teruja untuk bertemu Afgan
secara dekat dan peribadi berpeluang
untuk memenangi jemputan sesi beramah mesra dan mendapatkan pass ‘Rockzone’ dari ERAfm Sarawak. Anda perlulah
menjadi pemanggil pertama melalui di 082
420961 apabila penyampai ERA memainkan
isyarat memanggil dan peserta
haruslah memberi kata laluan "Afgan LIVE TO LOVE" untuk
mendapatkab pass “Rockzone”
dan menyanyi satu lagu Afgan untuk memenangi jemputan sesi beramah mesra
beserta pass “Rockzone” pada hari tersebut. Di samping itu melalui jam bonus,
ERA fm Sarawak akan memberikan akses eksklusif untuk makan malam bersama Afgan
kepada satu pemenang bertuah.
Manakala bagi pendengar ERA di Sabah, mereka juga berpeluang
untuk menyaksikan showcase Afgan di Kuching. Pemenang akan menerima penerbangan
dan penginapan akan dibiaya penuh selama 2 hari, 1 malam perjalanan ke Kuching,
autograph album, menghadiri sesi beramah mesra serta makan malam eksklusif
bersama Afgan melalui "ERA
MeleTOP". Pendengar perlu menjadi
pemanggil pertama melalui talian 088
485 024 dan menjerit 'Saya
mau jumpa Afgaaaaaaaaan ....!’ yang paling lama untuk memenangi
perjalanan ke "Afgan L1VE TO LOVE" showcase di Kuching.
Selain memenangi melalui ERAfm, The
Hills Shopping Mall dan Stesen One Café
akan memberi ganjaran kepada pelanggan dengan jemputan sesi beramah mesra &
pass ‘Rockzone’
juga. Untuk mengetahui lebih lanjut,
sila layari www.facebook.com/hillsmall.kch, www.facebook.com/station1kuching atau hubungi Hills Shopping Mall at 082 253309.
Bukan itu sahaja, peminat Afgan juga
akan turut dihiburkan dengan persembahan daripada Syamin seorang penyanyi baru
yang berasal dari Sarawak. Syamin kini tampil dengan single pertamanya yang
berjudul “Lagi dan Lagi”. Lagu dan lirik oleh komposer terkenal
Malaysia Ajai, sebuah nama yang cukup besar dalam industri
hiburan tanahair. Acara ini disokong oleh Leema, Drink The
Music dengan kerjasama The Hills Shopping Mall, SRC, Station One Café dan Orang Kampong.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai
showcase "Afgan L1VE TO LOVE"
di Kuching, sila layari fbsarawak.era.fm,
fbsabah.era.fm dan dengarkan ERAfm Sarawak & Sabah.
No comments:
Post a Comment
What do you think of my blog???