Pelakon Scha Al-Yahya, 31, selamat melahirkan bayi perempuan di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur, jam 5.50 petang semalam
Berita itu dikongsikan suaminya yang juga pelakon, Awal Ashaari, 33, menerusi Instagram pagi tadi.
Awal memaklumkan bayi seberat 3.17 kilogram itu dilahirkan secara normal dan isterinya dan bayi sulung mereka itu berada dalam keadaan sihat.
Awal memaklumkan bayi seberat 3.17 kilogram itu dilahirkan secara normal dan isterinya dan bayi sulung mereka itu berada dalam keadaan sihat.
Awal berkongsi gambar tangan anaknya itu menggenggam jarinya dan meminta peminat mendoakan mereka berdua.
Nama anak sulungnya itu belum dimaklumkan. Tahniah kepada kedua-duanya. Semoga bayi ini dapat menambahkan rezeki dan juga ceria hidup untuk mereka berdua
No comments:
Post a Comment
What do you think of my blog???