Aug 1, 2014

RAYA DULU RAYA SEKARANG DARI PERSPEKTIF SAIFUL NANG

This is a very good writing by Saiful Nang, and am sharing it as a reminder to self and my kids and friends around as well.... especially on the bit on "adab"- Miera


Dulu saya tak tahu ada open house. Kerana hari raya semua rumah 1 kampung ada open house. Memang rumah akan dibuka tak kira siapapun yang datang kita pelawa masuk. Berderet-deret budak dari block sebelah menyebelah yang tak pernah nampak muka dan dari Felda sebelah pun merantau
berduyun-duyun untuk beraya. Tak kira siapa kita layan dengan kuih raya. Masa ni, TV yang ada pun RTM 1 dan RTM 2 yang tiap-tiap kali raya akan tayang sarkis (masih tak faham kaitan raya dengan sarkis). TV3 pun dapat sikit-sikit tapi kena pasang tudung periuk kat antena baru dapat signal. Itupun kalau dapat TV3, RTM 1 dan 2 pulak hilang. Maka, TV bukan option untuk menghabiskan masa beraya.

Zaman berikutnya, TV dah mula semakin cerah. Aerial dah ada pakai booster, tak perlu tudung periuk cukup sekadar pasang booster atas TV dah boleh dapat semua channel. Masa tu TV3 dah mula ada rancangan raya-raya artis. Pada zaman ini, kadang-kadang bila saya kena jaga rumah sendiri, keluar juga perkataan terus terang kepada budak-budak yang nak berziarah "Nak makan ke nak duit raya? Rumah ni tiada duit raya" maka dengan terus terang mereka juga kata "tak apalah cik...selamat hari raya" (selamba juga mereka beredar). Jimat air sirap aku. Zaman ini, kalau masa saya budak-budak lambat balik rumah, memang kena takut-takutkan "nanti ada pemotong kepala sabit kepala buat jambatan"...so, takut nak jalan jauh-jauh sampai lewat balik.

Beraya sakan satu kampung habis dijelajah. Dapatlah duit raya barang seringgit dua. Buat beli air oren dan main papan tikam. Itulah gejala sosial yang ada ketika itu pada kalangan kanak-kanak.

Zaman sekarang dah tak ada lagi macam tu. Di bandar dan di kampung dua-dua susah nak tengok kerana sekarang dah ramai. Semua dah sibuk dengan gadget di tangan mengemaskini twitter, facebook, instagram, selfie dan melayani whatsap dengan orang jauh sambil orang depan mata terkebil-kebil macam tiang letrik. Tak lupa juga termasuk menaip status facebook yang anda baca ini juga.

Susah nak nampak budak-budak baraan bagi salam di rumah orang tak dikenali takut-takut masuk rumah tak keluar-keluar kena colek hantar ke negara jiran jual organ, jadi peminta sedekah atau kena rogol. Zaman dulu, jarang-jarang dengan orang rogol budak...zaman sekarang, budak umur 12 tahun dah pandai rogol budak umur 5 tahun.

Raya dulu kalau bertandang rumah orang, ayah dan emak akan perhati anak-anak dia (masa tu saya seorang anak kecil). Seperti biasa, naluri kanak-kanak memang tak senang hati kalau tak panjat sofa orang, tak usik piala dalam rak dan mencekur makanan yang dihidang macam nak try semua yang ada. Kalau dalam jangkauan, tiba-tiba akan terasa berpijar di peha kerana tangan emak sempat singgah mempial peha. Nak jerit tak boleh, muka merah-merah tahan sakit kena cubit akibat murka emak bila tengok anak tak beradab. Bila ambil duit raya dahulu sebelum bersalam pun balik akan dapat "bonus" cubitan sayang lagi. Lagi-lagi kalau ambil duit raya dengan pakai satu tangan, memang balik nak tempah "roti panjang" (rotan).

Tapi itu dulu, hari ini saya pun pening bila emak bapak tak kisah anak-anak mereka panjat-panjat rumah orang. Jatuhkan pinggan mangkuk arcopal dan arcorok yang nak pakai pun sayang. Bila time bukan raya, memang arcoroc dan arcopal tu jadi hiasan dalam almari sahaja. Tiba-tiba budak-budak pecahkan "prangggg"....lalu si ibu dengan manjanya berkata "Aimannnn....kan mama dah cakap jangan panjat". Kemudian mak bapak tetamu sambung berbual lagi isu kenapa Khalid Ibrahim taknak resign MB Selangor. Tuan rumah dengan kelat akan cakap "Tak mengapalah...budak-budak" (itu maksudnya : Ko jagalah anak ko elok-elok...anak ko macam monyet...aku sound kang putus sedare pulak jadinya).

Orang dulu betul-betul jaga adab walaupun terpaksa bagi anak mereka sakit sikit. Tapi bila kita dah pandai beradab, anak-anak kita pula kita tak ajar adab. Bertandang ke rumah orang semua baik kerana semua ada tablet dan smartphone dan layan game dan urusan masing-masing. Itu macam pelali sahaja...bukan kerana budak tu baik, tapi dah kena "drug" dengan gadget. Yang takde gadget pulak tak pandai didik anak untuk adab bertamu ke rumah orang.

Kiranya dulu ada beberapa adab yang bolehlah disenaraikan untuk panduan generasi muda sekarang.

- Jangan habiskan lauk di rumah orang
- Ambil duit raya dengan 2 tangan
- Salam dahulu sebelum ambil duit raya
- Jangan buka sampul duit raya depan pemberi
- Jangan ambil makanan sebelum orang paling tua mula ambil
- Jangan ketawa dengan kuat
- Jangan sentuh barang di rumah orang tanpa izin
- Jangan bertambah nasik kecuali tuan rumah cedokkan.
- Jangan makan macam orang 10 hari tak makan. Mak Pak malu.
- Tidak menyampuk cakap orang tua kecuali bila ditanya
- Salam orang tua kita kena duduk kalau mereka duduk
- Salam orang tua kita kena tunduk cium tangan BUKAN tarik tangan
- Salam orang tua kena pandang mata
- Salam kena dua tangan bukan satu tangan.
- Mata melingas bila bercakap dengan orang
- Bila ditanya tak jawab
- Banyak lagi yang dirasakan patut.


Raya dah tak macam raya dulu-dulu.
Bukan kerana zaman berubah tapi adab boleh kompromi hilang lesap.

Mak ayah sibuk tayang anaknya umur 6 tahun dah pandai buat matematik kalkulus kerana masuk tadika swasta yang diajar oleh pensyarah universiti. Tapi akhlak dan adab bertamu pun tak sempat nak ajar walaupun boleh selesaikan soalan persamaan kuadratik dan janjang geometrik sambil korek hidung.

Mana hilang raya kita?

SAIFUL NANG
Bekas Peraya, Penikam & Peniaga Papan Tikam

2 comments:

  1. True. I went beraya and those small kids have are playing with gadgets. My boy is naturally interested as I make a point to never allow him with any gadgets whenever we go out. I kinda hate how kids become antisocial because of it...so I never allow mine to bring out his iPad. He can play at home...but not anywhere outside.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu... I get what you mean.. in fact, I had a funny story to share... a close friend of the family came to my mil's open house with her son on the first day of raya. They finish their meal and then sat down to socialise and her son asked us.... ex cuse me aunty, what is the wifi password.... LOL

      Delete

What do you think of my blog???