Bagi membantu persiapan calon-calon yang bakal menduduki
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bakal mengunjung tiba, Astro Tutor TV UPSR
dengan berbesar hati dan penuh rasa tanggungjawab akan membawakan sebuah program
hiburan berpendidikan baru yang menekankan penggunaan Bahasa Melayu yang tepat berjudul
Kelas 601, pada setiap hari Sabtu bermula dari 2 Ogos 2014, jam 5 petang secara ekslusif di
Kelas 601 bakal menampilkan gabungan barisan bakat baru dan juga selebriti berpengalaman
dalam industri hiburan tanah air sebagai teraju utama. Pelakon muda yang sedang meningkat
naik, Elfira Loy akan bergandingan dengan seorang pelawak yang cukup berbakat dalam bidang
seni iaitu Yus dari kumpulan Jambu. Dua orang selebriti cilik yang dicungkil bakat menerusi
program Ceria Popstar Musim Kedua iaitu Wafiy dan Trisha akan turut serta di dalam program
ini bersama seorang ikon fesyen yang tidak asing lagi iaitu Wak Doyok.
Program hiburan berpendidikan ini bertujuan untuk memperkayakan kemahiran penggunaan
bahasa kebangsaan dengan tepat melalui kaedah pembelajaran yang menyeronokkan. Program
yang berdurasi selama sepuluh minit setiap episod ini akan mempersiapkan calon-calon UPSR
dengan pembetulan bagi setiap kesalahan lazim tatabahasa, tip-tip untuk menjawab soalan
UPSR, nota poket yang ringkas dan padat serta formula bagi menghafal nota Bahasa Melayu
mengikut kaedah peta minda.
Vickie Lai, Ketua Bahagian Pendidikan Astro berkata, “Seiring dengan peperiksaan UPSR yang
semakin hampir, kami berasa terpanggil untuk menyediakan satu platform bagi calon-calon
untuk mendapatkan tip-tip penting pada saat akhir. Kami juga sentiasa berusaha untuk
menghasilkan sesuatu program dengan pembelajaran yang dapat difahami dan diingati dengan
lebih mudah oleh para pelajar. Lantaran itu, kami mencetuskan idea untuk menggabungkan
pembelajaran Bahasa Melayu UPSR dengan sedikit sentuhan elemen komedi.
Melalui gabungan barisan selebriti yang mantap, kaedah penerangan dengan bantuan grafik
menarik yang sangat mudah difahami dan jalan cerita dengan suntikan komedi pastinya akan
membuatkan Kelas 601 menjadi sebuah alat bantuan pembelajaran yang berkesan untuk para
pelajar bagi menambah baik kemahiran tatabahasa, kosa kata, serta mendalami keunikan seni
Bahasa Melayu itu sendiri. Kami berharap agar inisiatif yang cuba kami usulkan ini akan
mendapat maklum balas positif serta diterima baik oleh semua peringkat golongan khususnya
barisan calon yang bakal menduduki peperiksaan UPSR”.
Setiap episod bakal menampilkan beberapa kesalahan lazim penggunaan Bahasa Melayu di
dalam penulisan dan juga perbualan harian oleh watak-watak utama iaitu Afiq (Wafiy), Sara
(Trisya), Abang Bob (Yus Jambu) dan Abang Lokman (Wak Doyok) menerusi sisipan di dalam
rangkaian jalan cerita yang menarik. Di sini, Kak Linda (Elfira Loy) bertindak sebagai tutor yang
akan membetulkan setiap kesalahan dan memberikan kaedah penggunaan Bahasa Melayu yang
tepat di samping memberikan tip-tip yang pastinya berguna semasa menjawab soalan UPSR
Oleh itu, jangan ketinggalan untuk menonton Kelas 601, pada setiap hari Sabtu bermula dari 2
Ogos 2014, jam 5 petang secara eksklusif hanya di Astro Tutor TV UPSR (Saluran 601). Kelas
601, membantu anda mahir dalam Bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment
What do you think of my blog???