Akhbar Sahari berasal dari Negeri Sembilan dan berkelulusan dalam Diploma Perniagaan dari Institut Tun Abdul Razak (ITAR). Memulakan kerjaya dalam bidang pengacaraan pada tahun 1999 di sebuah syarikat swasta. Akhbar mengembangkan kerjayanya pada 2003 dengan berhijrah ke TV3 dan terkenal sebagai pengacara program scoreboard sebelum melangkah ke Astro Arena pada 2010. Akbar dikenali sebagai pengacara sukan versatil dan pernah juga menjadi pengulas untuk Liga Malaysia, EURO, Piala Dunia, Sukan SEA, Sukan Asia dan lain-lain lagi. Pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan adalah ketika membuat liputan di Olimpik, London pada 2012. Antara program kendalian Akbar di Astro Arena ialah Kafe Sukan dan Nadi Arena.
brader ni mmg xsombong bagus dia ni semoga hidupnya sntiasa dirahmati allah
ReplyDelete