Jun 8, 2014

Kisah Benar : Saya dan Piala Dunia by Hakim Amir , pengulas sukan Astro Arena

Hakim Amir, 45 tahun
(Pengulas Astro Arena)
Saya dan Piala Dunia :-

Sungguh teruja untuk bertugas mengulas perlawanan Piala Dunia, kerana bolasepak Piala Dunia ialah kemuncak segala acara sukan bagi saya, lebih dari Sukan Olimpik! This is like a dream come true for me.
Terima kasih pada Astro Arena kerana beri peluang pada saya.
Saya mula mengikut Piala Dunia dari tahun 1978 ketika berusia 9 tahun. Masih ingat lagi dengan kehebatan Mario Kempes, Ardiles dan pasukan Argentina menang di gelanggang sendiri.
Tahun 1982, antara tahun yang terbaik untuk Piala Dunia ini bagi saya kerana begitu banyak superstars seperti Maradona, Zico, Falcao, Rossi, Tardelli, Rummenige, Platini dan sebagainya. Saya menonton TV hampir setiap perlawanan yang disiarkan di tv tempatan, dan saya masih ingat ketika itu ada kempen memungut sumbangan wang dari rakyat Malaysia bagi menampung kos siaran Piala Dunia! Team yang saya sokong masa tu ialah Argentina (sayang kalah di suku akhir), Platini (kesian si Battiston kena bantai teruk dengan keeper Jerman, Schumacher) dan juga juara iaitu Itali. Paolo Rossi bintang terhebat untuk pasukan Itali masa tu.
Memori saya di tahun 1986 (tahun SPM) ialah menonton siaran langsung dari Mexico semasa bulan puasa. Tak silap saya, siaran selepas Subuh, jadi puasa dah bermula. Bersemangat bangun sahur sebab itu bermakna siaran langsung tak lama lagi. Sebelum naik bas ke sekolah, tengok perlawanan bolasepak Piala Dunia di TV dulu. Saya minat Maradona tapi masa insiden ‘Hand of God’ pun saya rasa ketidakadilan pada pasukan England. Tapi gol kedua Maradona masa lawan England tu sangat terhebat!! Antara yang paling kelas!
Tahun 1990 di Itali, saya baru masuk ITM Shah Alam dan seperti kebanyakan peminat, turut tergila-gila dengan kehebatan Roger Milla striker Cameroon dengan gelek di tiang sepakan penjuru. Masa tu saya pun nak Cameroon masuk ke final Piala Dunia! Bagi saya imej kehebatan Milla ini lebih impak dari tangisan Gascoigne semasa England kalah di separuh akhir.
1994 agak ganjil kerana USA menjadi hos Piala Dunia. Masa tu saya belum tahu atau belum nampak team USA boleh muncul sebagai satu kuasa baru sebelah CONCACAF dalam Piala Dunia. Tapi kini, respek pada team mereka kerana layak setiap kali dari ke Piala Dunia dari tahun 1990! Saya turut kecewa bila Baggio pergi tendang penalti tinggi melepas palang gol Brazil!
Tahun kedua bertugas di Astro, seronok kerana dapat menonton Piala Dunia 1998 di Perancis ramai-ramai dengan rakan setugas di Astro. Masa tu saya lebih condong menyokong England kerana mereka team menarik dengan kemunculan Owen dan Shearer. Gol kelas Michael Owen semasa lawan Argentina paling tak dapat saya lupakan. Zidane mula muncul menjadi salah seorang idola bolasepak saya pada masa ini.
Final Piala Dunia 2002 jatuh pada hari saya sampai ke Bali untuk bercuti dengan rakan-rakan. Tahun ini, bagi saya kurang menarik kerana team kegemaran seperti England, Itali, Perancis dan Argentina tidak melangkah jauh. Brazil layak menang sebab mereka ada banyak ‘R’ yang hebat (Ronaldo, Rivaldo, Ronaldinho yang baru muncul dan Roberto Carlos). Kemunculan team Turki sampai ke separuh akhir cukup mengujakan saya. Power jugak Turki dengan kombinasi Sukur, Ilhan Mansiz, Hasan Sas dan sebagainya!
Saya nak sangat pergi ke Piala Dunia 2006 di Jerman tapi apakan daya, belanjawan tidak mengizinkan. Jadi tengok di TV saja. Saya sempat menonton pasukan Brazil bermain dalam perlawanan persahabatan pra-Piala Dunia menentang New Zealand di Geneva, kerana ketika itu saya ada tugasan di Geneva. Itu pun dah bersyukur sangat. Saya tak sangka pasukan Itali boleh muncul sebagai juara dengan kehebatan mereka. Del Piero antara pemain pujaan saya, jadi saya gembira Itali menang kali pertama sejak 1982.
2010 kali pertama menonton Piala Dunia dengan gelaran seorang ayah. Suku akhir Belanda menentang Brazil saya tonton di kedai mamak sebab tidak mahu menganggu anak kecil saya yang tidur. Saya gemar pasukan underdog, jadi pasukan Ghana menjadi pilihan saya di suku akhir. Sayang Asamoah Gyan tak dapat jaringkan satu gol penting yang boleh bawa Ghana ke separuh akhir. Tahun 2010 saya masih bertugas di hujung minggu membuat ulasan Bahasa Inggeris untuk Liga Amerika Syarikat (MLS) jadi saya kenal sangat dengan skuad USA yang dikendalikan Bob Bradley. Bintang mereka Landon Donovan Antara kegemaran saya, tapi sayang namanya diketepikan dari skuad akhir untuk tahun 2014. Saya suka cara Amerika Syarikat membangunkan liga bolasepak mereka dengan amalan professional sepenuhnya. Dulunya mereka pasukan belasahan, tapi sekarang mereka antara yang sentiasa layak ke Piala Dunia.
Tahun 2014 ini, saya rasa kali kedua dalam sejarah Piala Dunia, untuk kita semua menonton perlawanan bolasepak di bulan Ramadan (hujung peringkat pusingan pertama). Jadi menarik untuk kita tonton, sahur dan sambung tonton. Harap saya tidak tertidur di pejabat. Saya bersiap sedia untuk mengulas (jika ditugaskan) dan tiada masalah sama ada ulasan pukul 12 tengah malam, 3 pagi atau 6 pagi. Perlu bersiap sedia! Habiskan tugasan di pejabat dengan pantas. Luangkan masa untuk bermain dengan anak-anak dan buat persediaan (researches) untuk ulasan. Tak lupa juga, makanlah supplemen-supplemen yang berkenaan seperti Vitamin C dan sebagainya.
Ayuh, kita semarakkan Ola Bola 2014 !!!

Hakim Amir

1 comment:

  1. For all UP citizens, the 9th class examinations are administered by the state's secondary education board. This year, the 9th class exams will begin in March, and the UP 9th Syllabus 2023 will be released the first week of June on the board's official website, which is linked below. UP 9th Syllabus 2023 The UP board 9th class Syllabus 2023 was released in the syllabus-by-syllabus format last year. Thousands of applicants are currently waiting to download their Syllabus 2023, and many of them are having trouble finding the ideal link to do so.

    ReplyDelete

What do you think of my blog???