Mar 12, 2014

Trip Bengkel Penulisan, Pelaporan Media dan Fotografi Rakan Alam Sekitar (Hari Pertama)

Saya telah di jemput /dan diterima untuk mewakili Blooggers dan Majalah Libur dalam trip bengkel penulisan, pelaporan media dan fotografi anjuran Rakan Alam Sekitar dan Jabatan Alam Sekitar.

Perjalanan kami dari Putrajaya ke Kuala Gandah mengambil masa 2 1/2 jam dan kaminpun selamat sampai di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah lebih kurang pukul 12.40ptg.

Sebaik sahaja tiba, kami diberi sticker kami yang membenarkan kami masuk ke kawasan gajah dan juga beri makan kepada gajah. 

Sebelum masuk, kami di alu-alukan untuk ke bilik video menonton video penyelamatan/penangkapan gajah bernama Amanda, Caroline dan Vincent dari kawasan hutan sempit yang dikelilingi kebun kelapa sawit dan pembebasannya dia kawasan hutan luas Taman Negara yang di rakam bersama National Geographic. 

Saya dengan beberapa kawan baru yang dikenali melalui 'trip' ini...

Sebaik sahaja video habis, kami di bawa ke kawasan quarters lama staf PERHILITAN, oleh en Rasli Osman ataunlebih mesra dikenali Pak Ngah  untuk santapan tengahari yang simple tapi sedap. Lauk ayam goreng, sayur campur, ikan patin masak tempoyak, sambal tauhu goreng dan sambal.belacan serta ulam-ulaman di hidangkan.

Setelah habis makan tengahari,  kami pun masuk ke kawasan gajah dan melihat gelagat mereka dan memberi makan kepada mereka. Kami juga dapat melihat gajah mandi dalam sungai kecil di perkarangan pusat konservasi gajah itu bersama mahoutnya. 

Mahout ialah gelaran yang di beri kepada insan yang menjaga dan yang mengajar gajah itu berkerja. Seekor gajah akan diberikan kepada dua mahout untuk diajar khas. Mahoutnya tidak boleh di tukar ganti selalu atau gajah tidak akan dapat sesuaikan dirinya.

Gajah-gajah pusat konservasi gajah ini kebanyakkan pandai dan menjadi gajah yang "berkerja".

Antara tugas-tugasnya ialah menolong mahoutnya menenangkan gajah liar yang di jumpa/di tangkap semasa hendak memindahkan gajah liar tersebut.


Menyaksikan gajah-gajah bermandi di sungai bersama Mahout mereka..

Sebaik sahaja habis melihat pengenalan dan pertunjukkan khas gajah-gajah ini, pelawat pusat konservasi gajah ini juga berpeluang bermandi /mandikan anak gajah dalam sungai. 

Kami pun keluar dari kawasan gajah sejenak selepas itu lalu ke cafeteria untuk minum.

Selepas itu, cenderahati di berikan oleh Rakan Alam Sekitar dan Jabatan Alam Sekitar kepada Pak Ngah tanda terima kasih dan kami tinggalkan Pusat Konservasi Gajah itu dengan gambar-gambar yang diambil sebagai kenangan manis. 

Kami pun naik bas kami menuju ke Kuantan di mana kami singgah di kedai D'Orange dan menikmati makan malam yang cukup lazat dan hebat. Antara lauk2 yang kami menikmati; ikan pari bakar, tomyam campur, sotong goreng tepung, telur dadar, ikan siakap 3 rasa, kailan ikan masin dan sambal belacan.

Sebaik sahaja habis makan malam, perjalanan kami pun berterusan ke Kuala Besut dimana kita bermalam di Kem Belia Seri Keluang
Santapan malam kami.. yang sungguh menyelerakan...


.... 
#RAS #rakanalamsekitar #majalahlibur #blooggers 

No comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???