Mar 15, 2014

Pulau Perhentian, keseronokan tanpa henti



(oleh Rosila, Nurhummidah, Azma dan Miera)

Pantai indah di Pulau Perhentian Besar

Pulau Perhentian terdiri daripada Pulau Perhentian Besar dan Perhentian Kecil . Ia diliputi hutan hujan tropika, dan dikelilingi keindahan dasar laut memukau. 

Terdapat juga pulau-pulau kecil yang tiada penduduk seperti Pulau Susu Dara, Pulau Serenggeh dan Pulau Rawa yang berhampiran dengan Pulau Perhentian Kecil.


Nama Pulau Perhentian diambil sempena pulau tempat kapal berhenti. Dan dasar laut Pulau ini dibawah penjagaan Jabatan Taman Laut Malaysia. 

Terletak 19 kilometer dari ping­gir pantai Semenanjung Malaysia, di Terengganu, pulau ini di mempunyai populasi seramai 2,163.  Tetapi yang menetap di pulau itu hanya tinggal 1,950  penduduk saja.

Terdapat 56 buah chalet yang berdaftar , 37 yang tidak berdaftar , 18 kedai alat menyelam dan 87 syarikat pelancongan.

Tempat peranginan ini hanya terbuka kepada pelawat dari bulan Februari hingga bulan Oktober setiap tahun. Ia di tutup bulan lain kerana musim tengkujuh dan tidak sesuai/selamat  untuk melawat.

Perjalanan
Untuk sampai ke Pulau Perhentian, pelawat boleh menaik bot laju atau feri dari Jeti Kuala Besut dengan harga berpatutan, iaitu RM70 pergi balik. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 25 minit dengan menaiki bot laju. 

 Jeti Kuala Besut

Bot laju ke Pulau Perhentian


Aktiviti
Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan, ialah snorkeling, scuba diving, jungle trekking, berkayak, mengelilingi pulau dan melawat ke Perhentian Permai, “Fisherman Village” di Pulau Perhentian Kecil .

Alat snorkeling dan jaket keselamatan boleh disewa untuk lebih kurang RM30 sehari. Pengunjung yang buat akitiviti snorkeling ini boleh melihat pelbagai ikan, sotong, batu karang dan jika bertuah, akan jumpa penyu dan ikan jerung reef. 

 Seekor penyu berenang di atas permukaan air

Antara tempat snorkeling terbaik ialah Teluk Pauh, Shark Point, Tanjung Pasir, Teluk Dalam dan Pantai Panjang.

 Snorkelling

 Seorang ahli JTLM yang mengawasi pengunjung yang tengah bersnorkeling

Aktiviti  scuba diving akan memberikan pengalaman tambahan untuk melihat  tukun kapal, tukun konkrit di dasar laut, selain dari melihat kehidupan laut dan batu karang .

 Terumbu yang boleh di temui


Jika mempunyai masa lapang, pengunjung juga boleh melawat kampung di Pulau Perhentian Kecil yang menjadi tempat tinggal penduduk Pulau Perhentian. 

Dahulunya dikenali dengan nama “Kampung Pasir Hantu”, kampung ini kini kenali dengan nama Perhentian Permai atau juga “Fisherman Village” kepada pelancong yang sampai ke sana.  

Terdapat aktiviti yang menolong menjana ekonomi dan pendapatan untuk kaum wanita seperti membuat kuih dan menjual kuih beku. Pelbagai kuih terdapat di sini seperti donut, roti stim, jejari, lidah buaya dan salah satu yang paling popular ialah kuih kacang sepat yang berinti ikan, daging dan sardin.

Untuk mereka yang gemarkan aktiviti lasak, anda boleh melakukan aktiviti jungle trekking. Laluan berbukit  dan permandangan pokok tinggi memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat haiwan seperti kelawar buah, burung merpati Nicobar, biawak dan kancil.

Pengunjung juga boleh berkayak di tepi pantai sambil menikmati permandangan indah atau mengelilingi pulau  dengan menaiki bot laju yang di gelar “water taxi” dengan harga RM12 sekali naik. 

 Water taxi yang menghantar orang

Ini memang satu keunikan yang sukar didapati di mana-mana pulau peranginan di Malaysia .

Dengan adanya "water taxi" anda bebas untuk bergerak ke mana saja saat berkunjung ke pulau yang indah ini.

Percutian anda di sini memang cukup menyeronokkan. Ada beberapa larangan di sini, yang harus di patuhi untuk keselamatan anda dan taman marin laut tetap terpelihara untuk generasi yang akan datang. 


Keindahan dan keseronokan tanpa henti

Sayangnya bila pengunjung tidak mengikuti nasihat. Mereka ini merosakkan khazanah taman laut. 

Terumbu karang di patahkan dan kehidupan laut dibunuh, walaupun dengan tidak sengaja. 

Oleh itu, kita harus sentiasa menjaga keindahan disini dan juga keselamatan diri dengan mengikuti nasihat yang diberi.

Terima kasih kepada Rakan Alam Sekitar yang menganjurkan lawatan ini, Majalah Libur dan Blooggers.com

#majalahlibur  #blooggers

No comments:

Post a Comment

What do you think of my blog???